Pelakon Rozita Che Wan mengamuk apabila sudah membelanjakan hingga jutaan ringgit untuk kos pengubahsuaian banglo miliknya tetapi kontraktor didakwa gagal menyiapkan tugas itu dalam tempoh dipersetujui.
Lebih terkilan, dakwa Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, kepercayaan yang diberi kepada kontraktor terbabit turut dikhianati apabila pada saat akhir dia didakwa menghilangkan diri.
“Siapa yang mampu bersabar selepas dua tahun, kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan rumah saya tak siap-siap.
“Bukan hendak memalukan orang Melayu, tapi inilah hakikat yang saya hadapi. Kita bagi rezeki, mereka kerja main-main,” katanya dipetik BH Online.
Untuk rekod, Rozita mengupah kontraktor terbabit bagi projek pengubahsuaian tersebut sejak dua tahun lalu.
“Balkoni, lantai, itu dan ini semuanya tak siap. Akhirnya mereka lari. Sekarang saya terpaksa buat pelan B dengan melantik kontraktor baru untuk menyudahkan semua kerja,” katanya.
Dakwanya, dia juga sudah puas cuba menghubungi nombor telefon selain melayangkan mesej kepada kontraktor terbabit namun usahanya itu tidak membuahkan hasil.
“Saya diberi bermacam-macam alasan seperti seperti sudah berpindah pejabat, kakitangan berhenti kerja dan bermacam-macam perkara lain.
“Lucunya, foto dan video proses pengubahsuaian rumah saya dipromosikan pada akaun Facebook kontraktor terbabit. Kerja tak siap, ada hati pula hendak perkenalkan perkhidmatan mereka kepada orang lain,” katanya.
Terdahulu, Rozita memuat naik video melalui Instagram (IG) Story menunjukkan projek pengubahsuaian banglo miliknya di Damansara, Petaling Jaya, tidak siap.
No comments:
Post a Comment