Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
Kekalkan status quo demi kestabilan politik, keharmonian negara
BANGI – Pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang dicadangkan DAP boleh
menyebabkan bilangan orang Melayu dalam lembaga dan jawatankuasa
pengurusan bandar semakin berkurangan.
Penganalisis
politik, Dr Mazlan Ali berkata, walaupun jumlah Bumiputera dengan bukan
Bumiputera di bandar hampir dapat dirapatkan, namun pilihan raya PBT
tidak begitu sesuai diadakan pada masa kini.
Katanya, ini kerana penguasaan ekonomi dan pemilikan hartanah Bumiputera di bandar-bandar masih rendah.
“Pilihan raya tersebut memungkinkan polisi-polisi yang melibatkan kepentingan Bumiputera boleh terhakis.
“Jika orang
Melayu sebagai bangsa pribumi dan kaum majoriti tidak menguasai
pentadbiran dan pengurusan bandar, sebaliknya kaum bukan Bumiputera yang
menguasainya, kita khuatir bahawa kestabilan politik dan keharmonian
akan tergugat.
“Justeru, saya fikir status quo seperti yang sedia ada sekarang perlu dikekalkan,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Pilihan raya kerajaan tempatan diamalkan di Malaysia dahulu, sebelum ia dihentikan sekitar tahun 1964.
Sebelum ini,
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak akan
mengembalikan pilihan raya PBT buat masa ini kerana risau ada
kebarangkalian ia akan menyemarakkan ketegangan kaum.
Namun, akhir
tahun lalu, DAP mengulangi tuntutan untuk mengembalikan pilihan raya
PBT dengan menjadikannya antara lapan resolusi yang diluluskan pada
Konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2019.
Mengulas
lanjut, Mazlan menegaskan, pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) oleh
bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein telah pun berjaya
mengurangkan ketegangan kaum kerana keseimbangan sosio-ekonomi antara
kaum dapat dirapatkan oleh kerajaan.
“Antara
pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan kerajaan untuk memulihkan negara
dan hubungan rakyat berbilang kaum adalah membuka bandar-bandar baru,
meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi dan menggalakkan
integrasi antara bandar dan luar bandar.
No comments:
Post a Comment