Ustaz Mohd Azizee Hasan
Jurang perpecahan antara kaum dapat dielak jika hormat Perlembagaan
1. MARI
kita sederap selangkah berganding bahu memikul amanah mendidik anak
bangsa dengan penuh komited dan serius demi melihat masa depan negara
yang cemerlang.
2. Tahun-
tahun mendatang, medan mendidik semakin kompleks dan mencabar terutama
berdepan cabaran IR 4.0. Murid- murid perlu diasah kecerdasan AI serta
didedahkan dengan dunia Internet of Thing (IoT) di samping penekanan
jati diri dan pembinaan karektor yang berteraskan paksi agama dan
nilai-nilai unggul budaya bangsa. Manakala para guru pula perlu
melengkapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran, pengetahuan dan
perubahan sikap untuk menyahut cabaran tersebut.
3. iGuru
sebagai NGO pendidikan akan terus berjuang mempertahankan kepentingan
pendidikan berlandaskan semangat Perlembagaan dan dasar pendidikan
kebangsaan.
4. Antara
isu utama pendidikan yang akan menjadi fokus 2020 ialah perjuangan
mewujudkan satu aliran pendidikan kebangsaan, memperkasa kedudukan
bahasa Melayu sebagai bahasa penyatuan semua kaum, pendidikan terbaik
kepada kelompok B40 dan berusaha memartabatkan sistem pendidikan Islam
serta membela sekolah-sekolah agama rakyat dan tahfiz.
5. iGuru
akan terus melaksanakan pendekatan ‘engagement’ dan bersikap inklusif
dengan semua pihak sama ada kerajaan, swasta dan NGO bagi menjayakan
hasrat murni pendidikan negara serta meningkatkan kualiti pendidikan
kita bertaraf dunia.
6. iGuru
menyakini bahawa sekiranya semua pihak menghormati apa yang termaktub di
dalam Perlembagaan, ruang pertikaian dan jurang perpecahan dapat
dihindarkan terutama hal berkaitan polemik tulisan jawi, pengiktirafan
UEC dan lain-lain perkara.
7. iGuru
berharap tahun 2020 adalah masa membuktikan keunggulan sistem pendidikan
kita dalam kemajmukan masyarakat tanpa meminggirkan mana-mana kelompok
tak kira desa atau bandar, merentas kaum dan budaya menepati hasrat
Penyata Razak 1956.
8. Semoga
pendidikan kita terus maju dan sukses berdepan apa jua rintangan dan
cabaran ke arah membangun bangsa dan negara yang berdaulat.
Salam Tahun Baru 2020
*Ustaz Mohd Azizee Hasan, Presiden iGuru
No comments:
Post a Comment