Thursday, January 2, 2020

Penjawat awam Kelantan dapat bonus

Siti Nor Hidayatidayu Razali
 
 

PENJAWAT awam kerajaan negeri Kelantan menerima bonus tambahan sebanyak RM500 dan RM250 kepada lantikan politik pada minggu hadapan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, bonus berkenaan diberikan kepada semua penjawat awam dan lantikan politik termasuk penghulu, pegawai halaqat dan guru al-Quran.

Katanya, bonus tambahan ini berikutan prestasi kewangan kerajaan negeri dalam keadaan baik dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.

“Bonus tambahan ini, Insya-Allah kita bayar minggu hadapan. Ia tambahan bonus sebelum ini yang menjadikan jumlah keseluruhan RM1,000.

“Walaupun bajet asal ialah defisit, tetapi semua pihak cuba sedaya upaya menguruskan kewangan sebaik mungkin.

“Sebab kita setiap tahun ada tiga kali mesyuarat iaitu memantau, pelaksanaan kewangan dan pergerakan kewangan daripada fasa pertama, kedua dan ketiga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Amanat Kepada Penjawat Awam di Kota Darulnaim di Kota Bharu, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhammad.

No comments: