Ustaz Hazizi Ab Rahman
Malapetaka negara tak berubah jika hanya bergantung kelemahan PH
SAYA kurang berminat
mengenai percaturan politik individu. Contohnya, kenapa Dr Maszlee Malik
meletak jawatan, dipaksa atau terpaksa? Adakah ini ada kaitan dengan
Anwar Ibrahim? Siapa yang bakal ganti tempat Dr Maszlee?
Perkara yang menjadi tumpuan saya ialah situasi Cina yang dominan, manakala Melayu pula tiada hala tuju kecuali berebut kuasa.
Situasi malapetaka ini belum nampak tanda-tanda untuk berubah.
Muafakat Nasional (MN) pun belum
kelihatan membincangkan tentang dasar politik, ekonomi dan sosial, serta
sistem pentadbiran yang boleh merawat kesilapan sepanjang 60 tahun
pemerintahan Barisan Nasional (BN).
MCA pun belum difahami perangainya dalam
konteks politik reaktif, inikan pula mengharapkan politik proaktif untuk
keluar daripada kebiasaan.
Jika hanya bergantung pada kelemahan dan
caca merba Pakatan Harapan (PH) sekarang ini, maka situasi malapetaka
itu tidak akan berubah, walaupun kerusi berubah.
Betapa kecilnya jiwa jika kita hanya
mengharapkan perubahan dengan kemenangan kerusi tanpa ada pelan
tindakan, yang benar-benar mengembalikan dominasi orang Melayu dan
Bumiputera dari sudut politik, ekonomi dan sosial.
Sebagai contoh, apa cara untuk melemahkan
pengaruh kapitalis kroni pemerintah ke atas polisi-polisi kerajaan? Apa
sistem yang boleh mengekang? Jika tiada, maka kita akan kembali kepada
situasi sama. Pi mai pi mai tang tu.
Atau kita memang tak fikir tentang
perkara ini? Yang penting menang? Yang penting gosip sana gosip sini
pasal politik, bersorak sorai menggelakkan lawan?
Kita ada ramai cerdik pandai yang ikhlas.
Tetapi mereka ini tidak diajak bermuzakarah untuk merancang masa depan.
Hanya kerana mereka itu bukan parti kita. Kita miskin minda, sempit
jiwa.
No comments:
Post a Comment