Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
Kesal wartawan veteran buat ugutan cuba tutup kelemahan kerajaan PH
BANGI– Reaksi Penasihat Media Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin terhadap
tulisan seorang pensyarah universiti amat dikesali kerana berbau tekanan
dan ugutan, kata Ketua Penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad.
Beliau
berkata, sebagai individu berpengalaman luas di dunia media, Kadir
sewajarnya menghadapi tulisan ahli akademik secara hujah ilmiah.
“Malangnya Datuk A Kadir memberi reaksi terhadap tulisan itu dengan melabelkan Abdul Muein telah menabur fitnah dan kepalsuan.
“Malangnya Datuk A Kadir memberi reaksi terhadap tulisan itu dengan melabelkan Abdul Muein telah menabur fitnah dan kepalsuan.
“Sedangkan
tulisan bertajuk ‘400 Hari PH Jual Lebih RM20 Bilion Aset Negara’ itu
adalah kesimpulan dari himpunan fakta-fakta umum yang bukannya
pendedahan sulit atau rahsia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kamaruzaman
berkata demikian susulan tindakan Kadir membidas tulisan pensyarah
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Abdul Muein Abadi yang mengkritik
keras kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana menjual harta negara.
Tokoh
wartawan negara itu menuduh Abdul Muein yang memuat naik status di laman
Facebooknya, Selasa lalu, menyebar maklumat palsu, tidak lengkap dan
membuat kesimpulan songsang mengenai kerajaan PH.
Lebih
teruk Kamaruzaman berkata, Kadir turut meminta Menteri Pendidikan
memberi penjelasan dan pencerahan kononnya takut-takut menjadi mangsa
mainan kayu tiga oleh “the deep state”.
“Ini hanya
manifestasi kepada ketidakyakinan dan ketidakpercayaan beliau kepada
menteri selain perpecahan teruk bukan sahaja antara parti dalam PH,
tetapi juga sesama parti,” katanya.
Pada masa
sama, Kamaruzaman menyifatkan kedudukan Kadir bersama elit kuasa politik
dengan sikapnya menjadi satu lagi malapetaka baharu yang jelas cuba
menutup pendedahan kelemahan kerajaan dengan ugutan.
“Jika
pendedahan ilmiah dari ahli akademik menerima layanan sedemikian, maka
tidak hairan selepas ini mereka akan terus mengekang sebarang
pembongkaran salah urus tadbir dan kelemahan kerajaan PH,” katanya.
Bukan itu sahaja, beliau juga berkata, arahan Kadir supaya pihak UKM dan Kementerian Pendidikan memantau kualiti penghujahan dan kecenderungan ideologi kakitangan akademik sangat bercanggah dengan Janji 50 Manifesto PH.

Manifesto
PH menyatakan mahu ‘memastikan kualiti pendidikan serta kebebasan
akademik dan kebebasan bersuara dan berpersatuan terjamin, serta semua
institusi pengajian tinggi awam mempunyai autonomi yang sewajarnya’.
“Keadaan ini akan memusnahkan integriti dan kebebasan serta hak asasi yang sebelum ini gah kononnya diperjuangkan pimpinan PH. Ini menunjukkan slogan perjuangan PH sebelum ini, sebenarnya hanyalah retorik untuk meraih sokongan rakyat semata-mata,” katanya.

No comments:
Post a Comment