Sunday, July 7, 2019

Perlu cermat bawa pulang Jho Low, kata KPN




KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata polis perlu berhati-hati dan cermat membawa pulang ahli perniagaan yang dikehendaki, Low Taek Jho bagi memastikan kerjasama pihak berkuasa di mana dia bersembunyi.

Hamid berkata polis tidak boleh tersilap langkah, kerana tidak mahu pihak berkuasa di mana Low berada berasa Malaysia hendak menekan mereka.

“Perundingan sedang berjalan dan saya rasa pihak berkuasa di mana Low bersembunyi faham keperluan Malaysia membawa dia balik untuk menghadapi proses undang-undang,” katanya.

Polis sebelum ini memberi gambaran ia sudah bersedia untuk membawa pulang Low bagi membantu siasatan skandal 1MDB, selepas polis dilapor mempunyai petunjuk di mana ahli perniagaan itu berada.

Selain itu, polis juga dilapor sedang mengesan 4 individu lain bagi membantu siasatan skandal 1MDB, iaitu 3 rakyat Malaysia, iaitu Low Hock Peng, 67; Goh Gaik Ewe, 67; dan Tan Kim Loong, 41; serta seorang wanita warga Singapura, Shabnam Naraindas Daswani atau Natasha Mirpuri, 55.
Low Hock Peng dan Goh Gaik Ewe adalah bapa dan ibu Low.

No comments: