Peguam Syahirah Hanafiah yang mewakili Najib,
Rosmah dan tiga anak mereka berkata, pihaknya akan memfailkan notis
permohonan untuk membantah dan notis perakuan segera di Mahkamah Tinggi
sebelum atau pada 18 Julai ini berhubung perkara itu.
“Kami membantah pihak ketiga menuntut harta yang disita itu. Secara
asasnya harta dirampas di bawah nama responden pertama iaitu Datuk Seri
Najib, apa yang dirampas adalah barang miliknya,” kata peguam itu
selepas pengurusan kes dalam kamar di hadapan Timbalan Pendaftar
Mahkamah Tinggi Catherine Nicholas di sini, hari ini.
Harta-harta itu disita oleh pegawai penyiasat polis antara 17 Mei 2018 hingga 11 Mac 2019 adalah berhubung dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah Seksyen 4(1) atau hasil daripada aktiviti haram melibatkan responden-responden.
Selain itu, Syahirah berkata, pihaknya juga akan memfailkan satu permohonan bagi mendapatkan senarai harta bagi mengetahui perinciannya iaitu dari mana harta diambil, jenis harta, jenama, warna dan seumpamanya.
Syahirah berkata, pengurusan kes ditetapkan pada 30 Ogos ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan.
Pada 30 Mei lepas, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan pihak pendakwaan mewartakan notis kepada pihak ketiga yang mempunyai kepentingan ke atas ratusan beg tangan pelbagai jenama, wang tunai pelbagai mata wang asing, jam tangan dan 27 buah kereta yang dirampas daripada Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, tiga anak mereka dan 13 individu serta syarikat.
Hakim Mohamed Zaini membenarkan permohonan pendakwaan mengikut Akta 56 dan 61(2) Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Notis berkenaan adalah bagi membolehkan pihak berkepentingan terbabit untuk tampil ke mahkamah pada hari yang akan ditetapkan kemudian bagi memberikan alasan mengapa harta berkenaan tidak sepatutnya dilucut hak oleh kerajaan.
Pada 7 Mei lepas, Jabatan Peguam Negara telah memfailkan notis usul berhubung pelucutan hak terhadap ratusan beg tangan pelbagai jenama, wang tunai pelbagai mata wang asing, jam tangan dan 27 buah kereta yang dirampas daripada Najib, Rosmah, tiga anak mereka dan 13 individu serta syarikat.
Pendakwa Raya menamakan Najib, Rosmah, Riza Shahriz Abdul Aziz, Nor Ashman Razak Mohd Najib, Nooryana Najwa Mohd Najib, Mohd. Kyizzad Mesran, Senijauhar Sdn. Bhd., Aiman Ruslan, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta, Yayasan Mustika Kasih, Rembulan Kembara Sdn.
Bhd., Goh Gaik Ewe, Ng Chong Hwa, Lim Hwee Bin, Kee Kok Thiam, Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun sebagai responden pertama hingga ke-18.
Antara barangan yang disita itu ialah 52 buah beg tangan pelbagai jenama, 10 utas jam tangan pelbagai jenama, wang tunai berjumlah RM537,000, Pound Sterling 2,700, Rupee Sri Lanka 2,870,000, wang lama Ringgit Malaysia RM187,750, Pound Sterling 320,500, Rupiah 13,177,00, US$100, Hryvnies (Ukraine) 376, Euro 20, France 50, South African 10 Rand, Singapore Dollar 40, Riyal 531, Phillipines Peso 740 dan Ringgit Malaysia 21,150 (wang baru) yang disita pada 17 Mei 2018.
Barangan lain yang disita pada tarikh sama (17 Mei 2018) ialah empat utas jam tangan pelbagai jenama, empat buah beg tangan pelbagai saiz dan jenama, 167 buah beg tangan pelbagai jenama dan 27 pasang kasut pelbagai jenama serta 40 buah beg tangan pelbagai jenama turut disita pada 11 Jun 2018.
Sebanyak 27 buah kereta jenis model Nissan Urvan turut disita pada 2 Ogos 2018 selain beberapa bidang tanah dan aset lain. – MalaysiaGazette

No comments:
Post a Comment