
Akibat gagal melunaskan bayaran sewa bilik selama tiga bulan berjumlah RM900, Norman Uda, 28 dan isteri, Masitah Remari, 28 bersama dua anak mereka dihalau keluar oleh pemilik rumah pada 1 Mei lalu.
Norman yang merupakan mualaf Orang Asli sejak tahun 2013 berkata, beliau tidak menyangka terpaksa berdepan dugaan menyambut Ramadan dalam kesempitan hidup selepas gajinya sebagai kelindan lori tidak dibayar sejak tiga bulan lalu.
“Hampir setahun saya bekerja sebagai kelindan lori dan selama ini gaji saya dibayar setiap 1 haribulan setiap bulan. Namun sejak bulan Februari lalu, gaji saya tidak bayar walaupun saya pergi bertanya ke rumah bekas majikan saya selain sering menelefon namun semuanya tidak berhasil.

“Namun sejak gaji tidak dibayar, saya pernah tiada wang langsung dan terpaksa mengharap ihsan kawan-kawan yang memberi wang sebanyak RM20 hingga RM30 yang saya gunakan untuk membeli makanan dan susu anak,” katanya ketika ditemui Malaysia Gazette hari ini.
Mengulas lanjut, Norman berkata, selepas dihalau pada 1 Mei lalu, beliau berkunjung ke Baitulmal untuk memohon bantuan dan diberi RM100 untuk bantuan anak-anak.
Beliau yang berasal dari Tapah, Perak berkata, agensi itu berjanji untuk memberi bantuan susulan sekiranya mendiami rumah selepas ini.

“Ketika ini saya buntu seketika dan masih menganggur namun saya mahu mencari pekerjaan bagi persiapan menyambut Aidilfitri nanti selain isteri yang sarat hamil anak ketiga.
“Saya ada berbincang dengan Rasidah untuk menolongnya berniaga di Bazar Ramadan dengan menjual nasi buluh,” katanya sayu.
Norman memberitahu, keluarganya dan mentua tidak dimaklumkan mengenai masalah yang dihadapi kerana tidak mahu menyusahkan kedua-dua pihak.

Memandang mempunyai stor gerai untuk tempat memasak dan bilik kecil beristirehat, beliau menawarkan Norman dan keluarga menumpang dahulu sementara mendapat rumah atau bilik sewa pada masa akan datang.
Sementara orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan, boleh menelefon talian 013 879 1549 atau memberi sumbangan di nombor akaun CIMB – 7068524981 (Norman Uda). – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan