Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid berkata, pelaksanaan peraturan itu banyak memberi keburukan terutama melibatkan operasi pemeriksaan pihak berkuasa seperti polis yang membuat pemeriksaan sama ada kepada pemandu mahupun penumpang.
“Saya kecewa apabila Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan peraturan baharu ini tanpa mengambil pandangan daripada polis,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.
Beliau menjelaskan, peraturan itu berat sebelah apabila pemohon dikenakan caj RM50 dan bayaran RM5,000 jika permohonan diluluskan bagi memohon pemasangan cermin gelap sepenuhnya.
Kata Che Alias, polisi itu bersifat “mesra orang kaya” kerana kerajaan hanya memikirkan keuntungan semata-mata dengan membelakangkan keselamatan awam.
Bagaimanapun, pada sidang media di Putrajaya hari ini, Anthony Loke memberitahu, kementeriannya tidak akan menarik balik keputusan pindaan terhadap cermin gelap yang diumumkan kelmarin.
Ini kerana Pindaan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 kekal terpakai meskipun mendapat bantahan pelbagai pihak. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan