KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
menafikan dirinya ada mengambil gambar swafoto atau ‘selfie’ ketika
sedang berlangsungnya prosiding SRC International sebelah pagi tadi.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menyoal Najib setelah mendapat aduan daripada pihak pendakwa raya, Datuk V. Sithambaram berhubung ada laporan berhubung rakaman gambar ketika perbicaraan sedang berlangsung.Bagaimanapun, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan menafikan telah berbuat demikian sebaliknya berkata beliau hanya menggunakan telefon bimbitnya sebagai cermin muka.
Peguam bela, Tan Sri Muhamad Shafee Abdullah kemudian bangkit mengadu berhubung pihak media yang juga membuat laporan tidak tepat dan palsu tentang anak guamnya malah mengatakan kadang-kadang ianya tidak terkawal.
Mohd Nazlan bagaimanapun mengatakan kemungkinan laporan-laporan berhubung penggunaan telefon bimbit untuk swafoto itu sebenarnya tidak ditulis dengan niat jahat.
Namun demikian, sekali lagi Mohd Nazlan memberi peringatan tegas agar mematuhi peraturan atau berdepan dengan tindakan tegas seandainya tertangkap.
“Mengambil gambar dalam mahkamah terbuka ketika prosiding akan ditangani secara serius.
Mahkamah memberi kebebasan kepada anda dan seharusnya telefon itu tidak digunakan untuk mengganggu prosiding,” tegasnya.
Memang mengikut peraturan yang sedia termaktub, adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana pihak untuk mengambil gambar atau melakukan sebarang rakaman ketika perbicaraan sedang berlangsung.
Dalam penerbitan oleh media juga hanya lakaran dan bukan gambar sebenar prosiding dibenarkan selama ini.
Sebelum ini, bekas pegawai khas Najib, Datuk Isham Jalil pernah memuat naik prosiding perbicaraan Najib menerusi laman sosial Facebook sehingga mendapat kecaman segelintir pihak.
Sejurus selepas insiden tersebut, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengeluarkan peringatan semua pihak supaya tidak mengedar dan memuat naik rakaman transkrip prosiding mahkamah (CRT) membabitkan perbicaraan kes SRC International dihadapi Najib. –MalaysiaGazette
Artikel berkaitan: Soalan bertubi-tubi, saksi tenang, Najib tumpu kepada telefon bimbit

Tiada ulasan:
Catat Ulasan