ISMA WEB
PH menang dengan fitnah, lepas menang terus fitnah, kata bekas PM
BANGI– RM1 juta dana bertujuan membantu anak yatim, didakwa telah disalah
guna untuk membayar yuran guaman pembantu kepada bekas Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak pada 2017, lapor portal.
The
Malaysian Insight hari ini melaporkan, dana berkenaan membabitkan wang
yang diamanahkan kepada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia
(Yapeim).
“Menurut
nota perbincangan tentang perbelanjaan kewangan Yapeim, wang itu
disalurkan untuk membayar yuran guaman kepada peguam, yang merupakan
penasihat kepada mantan perdana menteri Najib, serta pengarah Yapeim
pada tahun 2017,” lapor portal itu.
Malaysian Insight berkata, pembayaran itu dibuat secara berperingkat dan tanpa kelulusan lembaga pengarah Yapeim.
Laporan
itu mendakwa kos berkenaan digunakan bagi membatalkan saman ke atas
Yapeim yang difailkan Kemajuan Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Miskin
(Pemangkin).
Pemangkin,
yang juga anak syarikat Yapeim memfailkan saman itu dengan mendakwa
bahawa yayasan berkenaan menyalahgunakan dana Pemangkin untuk menaja
bekas menteri di jabatan perdana menteri ke Eropah, Amerika Syarikat
(AS) dan Australia.
“Saman
yang difailkan oleh pengasas Pemangkin, Mohd Yusoff A Bakar dan Ahmad
Fazil Hashim, pada Mac 2017 juga mendakwa bahawa peguam itu berhasrat
untuk menutup yayasan itu, yang diletakkan di bawah Yapeim bagi
menyembunyikan skandal berkenaan,” lapor portal berkenaan.
Peguam
terbabit juga dikatakan salah seorang anggota lembaga pemegang amanah
Yapeim dari tahun 2017 hingga 2019, dan pernah menjadi pengarah
perancangan strategik di Jabatan Perdana Menteri.
Pengasas Pemangkin juga telah menyaman bekas menteri dan lima ahli lembaga pengarah Yapeim yang lain.
Sementara
itu, bekas Perdana Menteri menyifatkan laporan berkenaan sebagai satu
fitnah tanpa mengira individu yang puasa atau tidak.
“Najib
pula disalahkan kerana satu dari ahli lembaga itu pernah bekerja dalam
Jabatan Perdana Menteri beberapa tahun dahulu semasa Najib ialah PM.
Kononnya Najib curi duit anak yatim.
“Asalkan
boleh guna tajuk berita dengan nama dan gambar Najib, walaupun tidak
kena-mengena dengan Najib pun. PH menang dengan fitnah. Selepas menang,
mereka teruskan fitnah tanpa sebarang rasa bersalah,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan