Hanya gah umum projek mega, keperluan utama rakyat dibelakangkan
BANGI– Prinsip Maqasid Syariah dalam urus tadbir sesebuah kerajaan dilihat
tidak berlaku di dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah sepanjang
setahun memerintah, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Nurul Amin
Hamid.
Beliau
berkata, kerajaan PH hanya gah dengan pengumuman projek-projek mega,
namun tidak mendahulukan keperluan utama rakyat negeri itu.
Mengulas
mengenai Maqasid Syariah, beliau berkata, ia adalah salah satu daripada
enam strategi belanjawan Kedah 2019 yang diumumkan oleh Datuk Seri
Mukhriz Mahathir dan selalu menjadi bualan pimpinan PH.
Malah,
gandingan Maqasid Syariah dan konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ sering
dizahirkan seolah-olah kerajaan PH hari ini adalah sebuah kerajaan yang
selari dengan syariat Islam.
Bagaimanapun,
kedua-dua konsep itu hanya dilihat sebagai alat kosmetik mencantikkan
wajah kerajaan, bukan mendasari secara benar konsep dan prinsip itu.
“Sebagai
contoh pengisytiharaan 7 projek berimpak tinggi yang bernilai RM3.2
bilion di Kedah oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin
Ali, walaupun matlamat projek-projek itu dilihat menguntungkan rakyat
pada jangka masa akan datang, tetapi ianya tidak mengutamakan keperluan
asas rakyat seperti bekalan air dan pembinaan hospital.
“Falsafah
Maqasid Syariah dilihat tidak dijelmakan dalam kerajaan Pakatan Harapan
Kedah,” katanya mengulas prestasi kerajaan PH yang telah setahun
mengambil tampuk pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN).
Selain itu,
dalam aspek memelihara agama, Ustaz Nurul Amin berkata, sepatutnya
golongan agamawan harus diperkasakan dan diberikan sokongan, tetapi
peneraju agama kerajaan negeri lebih suka menzahirkan kuasa jawatan
apabila menggertak pegawai masjid yang mengkritik kerajaan sert memecat
imam yang tidak mengikut kehendak kerajaan negeri.
Begitu juga
menerusi prinsip memelihara akal, pendidikan terutama pendidikan Islam
adalah aspek utama yang mesti menjadi agenda kerajaan, tetapi malangnya
ia tidak menjadi agenda besar dan perhatian oleh kerajaan PH.
“Berbanding
bajet sebelum ini yang menyatakan secara jelas peruntukan untuk Sekolah
Agama Rakyat (SAR), tahfiz serta Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK),
dalam bajet PH 2019 hanya dinyatakan akan memohon peruntukan Kerajaan
Pusat sahaja.
“Kerajaan PH
hanya berminat menumpukan pendidikan berorientasikan ekonomi dan
insdustri berbanding sektor pendidikan Islam,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan