Rabu, 1 Mei 2019

PH TAK HARGAI PESARA TENTERA?


Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mengurangkan peruntukan Bantuan Bakti Negara kepada golongan pesara tentera daripada RM1200 kepada RM500 setahun.

Katanya tindakan tersebut jelas menunjukkan sikap PH yang tidak menghargai usaha wira di negara ini.

“Mengapa Warga ATM dan pesara tidak lagi dihargai oleh PH?

“Mereka bertarung nyawa mempertahankan keselamatan negara. Mereka juga ada keluarga dan anak isteri untuk dijaga.

“Setiap sen bantuan dapat meringankan beban mereka,” katanya melalui kenyataan di Facebook pada Selasa.

Dalam perkembangan sama, Najib yang juga ahli Parlimen Pekan menegaskan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada ketika dahulu tidak pernah mengurangkan kadar bantuan.

Malah katanya BN sentiasa prihatin dengan nasib pesara tentera dengan meningkatkan bantuan dari semasa ke semasa.

“Jika BN berkuasa hari ini, sudah tentu kita dapat pertingkatkan lagi. Di mata PH, nilai sumbangan wira kita sekadar RM500.

“Mungkin Mat Sabu (Menteri Pertahanan) boleh buat kunjungan hormat ke pejabat Menteri Kewangan DAP selepas ini.
“Itupun jika dia kisah mengenai nasib rakyat, pesara dan golongan B40,” ujar beliau.


Tiada ulasan: