Pertikaian melampaui batas adab tidak sesuai dalam dunia pendidikan
PUTRAJAYA– Perdebatan dan pertikaian mengenai isu kemasukan pelajar ke
matrikulasi boleh menjejaskan tumpuan warga pendidik sebagai penjawat
awam, untuk melaksanakan tugas mereka dengan berkesan, kata Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Amin Senin.
Katanya, pertikaian yang berterusan
melibatkan pelbagai pihak selepas sahaja keputusan Jemaah Menteri
dibuat, berkaitan dengan kuota 90:10 kemasukan pelajar (Bumiputera/bukan
Bumiputera) ke matrikulasi sehingga melampaui batas adab dan kesopanan
adalah tidak sesuai dalam dunia pendidikan.
“Oleh itu, kami percaya sebagai Menteri
Pendidikan, Dr Maszlee Malik wajar dan berhak mempertahankan keputusan
Jemaah Menteri tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Oleh yang demikian, Dr Amin berkata,
warga pendidik dalam Kementerian Pendidikan bertanggungjawab terus untuk
mempertahan dan melaksanakan dasar yang telah diputuskan oleh kerajaan,
dan dilaksanakan sepenuh dan sebaik-baiknya demi kepentingan rakyat.
-Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan