ISMA WEB
10 idea dipertimbang dalam mekanisme skim bayaran balik
KUALA LUMPUR
– Penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap peminjam yang tidak membayar
balik pinjaman bagi tempoh yang lama, adalah antara 10 idea yang
diperoleh untuk dipertimbangkan bagi pelaksanaan mekanisme skim bayaran
balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Timbalan
Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi), Mastura Mohd Khalid berkata, idea
itu diperoleh hasil perbincangan meja bulat dengan pebagai pihak
berkepentingan termasuk ahli kewangan, anggota Parlimen dan mahasiswa
dari Januari hingga Mac lalu.
Terdapat
enam langkah penguatkuasaan yang dicadangkan antaranya sekatan untuk
pembaharuan pasport, lesen memandu dan cukai jalan.
“Cadangan
ini merangkumi empat bidang yang secara kolektif akan memastikan
kesinambungan pembiayaan pendidikan tinggi di Malaysia. Ini bukanlah
cadangan PTPTN tetapi merupakan koleksi pandangan yang diperoleh
daripada sesi meja bulat yang telah diadakan,” katanya pada sesi
taklimat Konsultasi Rakyat Bersama Media, di sini, hari ini.
Kaji
selidik menerusi proses Konsultasi Rakyat dibuka bermula 1 tengah hari
ini sehingga 13 Jun secara dalam talian kepada orang awam menerusi laman
www. ptptn.gov.my/kertas-konsultasi-rakyat bagi mendapatkan maklumat
balas terhadap mekanisme skim baharu itu.
Antara 10
idea lain yang dikemukakan hasil meja bulat Konsultasi Rakyat adalah
penangguhan bayaran balik bagi peminjam berpendapatan RM2,000 dan
RM4,000 ke bawah, menggantikan sistem bayaran balik sedia ada kepada
skim bayaran balik berasaskan pendapatan untuk peminjam baharu (IBR),
potongan gaji mandatori serta secara beransur-ansur menamatkan pinjaman
kepada institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) dan kursus yang
berprestasi rendah.
Sementara
itu, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan berkata, laporan hasil daripada
proses kajian secara online itu dijangka dapat dihasilkan pada
penghujung Jun ini.
Sehingga kini PTPTN mempunyai hutang berjumlah RM40 bilion dan merupakan antara entiti terbesar yang dijamin kerajaan, katanya.
Jumlah
peminjam PTPTN sejak 1997 adalah seramai tiga juta pelajar dan jumlah
pinjaman pelajar yang dibelanjakan oleh PTPTN sehingga Februari tahun
ini adalah RM56 bilion. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan