Ketaksuban parti mesti diketepi dan politik matang diberi keutamaan

1)
KETIDAKSTABILAN senario politik tanahair sekarang ini telah menyebabkan
beberapa ahli politik dan penganalisis membuat ramalan yang Parlimen
akan dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU15 diadakan.
2) Dalam
keadaan ini, parti pembangkang kena mengambil langkah segera membuat
persediaan dan persediaan terbaik adalah dengan memastikan dalam PRU15,
jika ini berlaku, pertandingan satu lawan satu dengan PH.
Ini
memerlukan kesepakatan dan kerjasama yang padu dari semua parti, bukan
sahaja antara PAS dan UMNO, tetapi semua parti pembangkang termasuk di
Sabah dan Sarawak.
3) Dua
syarat utama untuk menjatuhkan PH kali ini adalah dengan bertanding
menggunakan satu logo dan juga mengetengahkan calon-calon berwibawa yang
boleh membawa kepada kemenangan.
Syarat
pertama tidak begitu sukar memandangkan ianya adalah isu teknikal tetapi
syarat kedua mengenai calon memerlukan langkah yang drastik dan
perancangan serta semangat kerjasama yang tingi.
4)
Calon-calon mestilah dipilih dari mereka yang mempunyai rekod yang
bersih, baik serta mempunyai kelayakan akademik, kompeten dan
berwawasan. Di sinilah keberanian blok pembangkang untuk meletakkan
calon-calon bukan sahaja dari kalangan parti utama, tetapi dari
parti-parti lain serta tokoh-tokoh masyarakat dari NGO, pertubuhan,
kakitangan kerajaan, ulama, golongan profesional dan lain-lain.
Calon-calon
yang mempunyai rekod buruk serta tidak dipandang bersih oleh rakyat
perlu memberi laluan kepada calon-calon yang wibawa serta kompeten ini
terutama sekali calon dari orang muda.
5) Rakyat
menanti dan saya yakin akan memilih calon-calon yang berwibawa dan
kompeten untuk menerajui negara di bawah satu blok pembangkang yang
kuat, pada masa akan datang bagi menggantikan kerajaan PH yang tidak
mampu memerintah dan mentadbir negara.
Sudah
sampai masanya ketaksuban kepada parti diketepikan dan politik matang
serta bersih diberi keutamaan dengan meletakkan calon-calon tersebut
dalam PRU15 akan datang.
*Dato’ Dr Ir Ts Badrulhisham Abdul Aziz, Presiden Berjasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan