Oleh Siti Fatimah Ishak
Batu Karbala bukan tradisi di masjid Iran tapi memang cara solat Syiah
BANGI- “Tidak salah menjalin hubungan diplomatik dengan Iran, tetapi berpadalah, jangan sampai menyertai upacara ibadat orang Syiah.
“Ya,
Malaysia pun ada hubungan diplomatik Vatican City, negara-negara Komunis
dan sebagainya, namun kena ingat dalam urusan ibadah perlu ada tamayyuz
– ciri yang membezakan.”
Demikian
kata Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim kepada Ismaweb.net tatkala
tular gambar Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu sedang solat di Tehran,
Iran, berimamkan Ayatollah Emami Kashani, baru-baru ini.
Lebih
mengejutkan apabila di sejadah tempat menteri Pakatan Harapan itu
bersolat ada seketul batu yang dinamakan sebagai Turbah atau ‘Batu
Karbala’.
Batu
Karbala digunakan oleh penganut ajaran Syiah sebagai tempat sujud
mereka, diperbuat daripada tanah Karbala yang dianggap suci kerana
Karbala adalah tempat terbunuhnya cucu Rasulullah ﷺ, Hussain yang
menjadi imam kepada kelompok Syiah.
Mengulas
perkara itu, Ustaz Zamri menegaskan, tanah karbala atau turbah di
sejadah bukannya tradisi di masjid-masjid di Iran seperti yang didakwa
Setiausaha Akhbar Menteri Pertahanan, Amin Shah Iskandar.
Katanya, dalam ajaran Syiah, itu bukan tradisi tetapi termasuk dalam cara solat orang Syiah.
“Pemimpim
Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Ismael Haniyyah pun pernah
berada dalam situasi itu, tapi beliau tidak solat bersama untuk
mengelakkan fitnah,” katanya.
Ustaz Zamri yang juga Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Ipoh berkata, isu Syiah ini sudah jelas dan fatwa pengharamannya telah diwartakan oleh hampir keseluruhan negeri-negeri di Malaysia.
Katanya,
fatwa pengharaman di negara kita bukanlah yang pertama, bahkan ulama
terdahulu seperti Imam Malik, Imam Ahmad, Imam al-Qurtubi, al-Bukhari
dan Imam al-Ghazali terlebih awal menfatwakan golongan itu terkeluar
daripada ajaran Islam yang sebenar.
“Asas
fatwa ini cukup kuat kerana golongan ini bercanggah dari sudut akidah
syariat dan akhlak.Rukun Islam Syiah tidak sama dengan rukun Islam Ahli
Sunnah Wal Jamaah seperti terkandung di dalam kitab rujukan mereka
iaitu Usul al Kafi (jilid dua hal 20),” katanya.
Tahun
lalu, Mat Sabu turut mencetuskan kontroversi apabila menyertai majlis
korban di masjid Zainabiyyah di Phatthalung, Selatan Thailand yang
menjadi markas Syiah.
Kehadiran
beliau yang turut memberi ucapan pada perhimpunan di masjid berkenaan
dimuat naik dalam akaun Facebook pemimpin dan pengikut Syiah di markas
berkenaan.
Sebelum
itu, Mat Sabu pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan
Islam berdasarkan cara Imam Khomeni melalui tulisannya bertajuk ‘Teladan
Pemerintahan Nabi Yusof, Khomeni’ dalam ruangan Fikrah yang terbit
dalam akhbar Harakah pada 5 hingga 15 Julai 2008.
Mat Sabu
juga menyatakan kekaguman dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin
Revolusi Iran 1979, Ayatullah Ruhollah Khomeini yang mana banyak
mencorak pemikiran beliau dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden PAS
pada 13 Julai 2011.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan