Sabtu, 4 Mei 2019

MPS tutup mata jejantas Hospital Selayang kotor, terabai

Shawaliah Hadir
MGF04052019_TINJAUAN-JEJANTAS-SELAYANG02-681x454
Longgokan sampah serta daun-daun kering yang memenuhi sepanjang laluan jejantas pejalan kaki ke Hospital Selayang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL

SELAYANG – Geli dan tidak selesa, itu yang dirasakan oleh orang awam yang menggunakan jejantas untuk pejalan kaki ke Hospital Selayang.

Sejak pertama kali menggunakan jejantas itu beberapa tahun yang lalu sehingga kini, Halimah Bujang, 57, berkata, tahap  kebersihan jejantas itu tidak pernah berubah dan semakin teruk.

Namun dek kerana tiada pilihan lain, ibu tunggal yang menaiki pengangkutan awam bagi urusan hariannya terpaksa berhadapan dengan kekotoran di situ.

Puntung-puntung rokok, bungkusan makanan yang dibuang di sekitar jejantas berkenaan terbiar sahaja, seolah-olah kawasan tersebut tidak pernah dibersihkan.
MGF04052019_TINJAUAN JEJANTAS SELAYANG13
Halimah Bujang. foto HAZROL ZAINA
“Ini bukan pertama kali saya lalu di sini, memang keadaannya begini.

“Kalau nak ikutkan,  laluan ke hospital sepatutnya bersih. Orang awam yang hisap rokok, melepak di sini sepatutnya jangan buang puntungnya di sini.

“Pandangan masa pertama kali lalu sini memang geli, nak lalu tu tak selesa,” katanya kepada MalaysiaGazette.

MGF04052019_TINJAUAN JEJANTAS SELAYANG01
Longgokan sampah serta daun-daun kering yang memenuhi 
sepanjang laluan jejantas pejalan kaki ke Hospital Selayang, 
Selangor. foto HAZROL ZAINAL

Pandangan sama dilontarkan oleh Karuppiah a/l Maripan, 74, penduduk di sekitar yang biasa menggunakan jejantas tersebut.

Beliau berkata, tugas pembersihan jejantas Hospital Selayang itu sepatutnya digalas oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Majlis Perbandaran namun malangnya sebaliknya yang berlaku.

Jejantas itu nampak begitu terabai walaupun masih digunakan, tambah Karuppiah.
“Memang saya selalu guna jejantas ini tapi tidak pernah tengok
MGF04052019_TINJAUAN JEJANTAS SELAYANG10
Karuppiah Maripan.
orang bersihkan jejantas ini. Memang hari-hari saya guna jejantas ini.

“Mesti mahu jaga kebersihan di sini. Memang dia (Majlis Perbandaran Selayang) punya bidang kuasa, parkir kereta  mereka jaga tetapi ini (jejantas) mereka tidak mahu jaga,” ujar beliau.

Sehubungan itu, Pensyarah Kolej Komuniti Selayang, Salmah ismail, 39 yang juga merupakan orang tempatan di situ berharap  semua pihak perlu bersama-sama menjaga kebersihan di situ ekoran Majlis Perbandaran Selayang dilihat tidak melaksanakan tanggungjawabnya.

MGF04052019_TINJAUAN JEJANTAS SELAYANG16
Seorang penduduk, Karuppiah Maripan berjalan melintasi longgokan 
sampah yang memenuhi sepanjang laluan jejantas pejalan kaki ke 
Hospital Selayang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL,

Meskipun sekadar sebuah jejantas, namun kata, Salmah ia turut memberi kesan negara secara keseluruhan apatah lagi daripada persepsi pelancong.

“Kebersihan jejantas ni sepatutnya dijaga, sebabnya penting walaupun ia sekadar jejantas. Ia tidak elok untuk imej Malaysia kalau orang luar jalan (guna jejantas ini)

“Mudah sahaja, buang sampah mesti di dalam tong sampah, janganlah buang merata-rata. Kena ada rasa tanggungjawab.
MGF04052019_TINJAUAN JEJANTAS SELAYANG09
Salmah Ismail, foto HAZROL ZAINAL
“Majlis perbandaran pula kena tengok semula kerja-kerja pembersihan yang dikontrakkan. Ada tak membabitkan kawasan jejantas ni atau kawasan-kawasan lain sahaja yang dibuat tidak termasuk jejantas ini,” kata Salmah.

Keadaan kebersihan jejantas yang menjengkelkan ini telah disuarakan oleh seorang pengguna Facebook Tan Sri Dr Nordin Kardi yang juga bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM).
MGF04052019_TINJAUAN JEJANTAS SELAYANG03
Longgokan sampah serta daun-daun kering yang memenuhi 
sepanjang laluan jejantas pejalan kaki ke Hospital Selayang, 
Selangor. foto HAZROL ZAINAL
Dalam postingnya baru-baru ini, Nordin berkata, keadaan jambatan itu tidak berubah walaupun pernah menegurnya setahun lalu.

“Jejantas pejalan kaki ke hospital Selayang masih tak berubah selepas posting saya terdahulu kira kira setahun lalu

“Tempat ini tumpuan ribuan orang setiap hari. Tidak beri imej baik kepada Majlis Perbandaran Selayang. YDP tak pernah lawat kawasan ni. Hadir mesyuarat saja dengar cerita anak buah,” tegurnya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: