Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sepatutnya melihat kepada menteri Pakatan Harapan (PH) sebelum menggelar Tengku Mahkota Johor (TMJ) sebagai seorang budak kecil yang bodoh, ujar bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata tindakan TMJ menolak Statut Rom dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan tidak wajar dianggap sebagai sesuatu yang tidak bijak.
Puad berkata hakikatnya, lebih ramai menteri-menteri PH yang membawa idea tidak matang dan memalukan diri sendiri.
“Ramai menteri-menteri Pakatan Harapan (PH) bawa idea ‘Bungol’ seperti tanam buloh ganti sawit dan sebagainya, bahkan ada YB dari PH cadang tanam pokok ganja tapi Tun M tidak menukar mereka walaupun rakyat anggap itu idea bodoh.
“Sebaliknya Tun M sangat sakit hati apabila dikritik oleh TMJ. Nampak dia melalut sehingga terkeluar perkataan ‘bodoh’. Apakah Tun M tahu fakta sebenar kritikan TMJ.
“Takkan mengkritik Statut Rom dianggap bodoh. Takkan mempertahankan Undang-undang Tubuh Negeri Johor dianggap bodoh. Takkan memaklumkan sumbangan Sultan Johor kepada rakyat dianggap bodoh,” katanya menerusi kenyataan dalam Facebook beliau pada Selasa.
Dalam perkembangan sama, Puad berkata beliau melihat Tun M marah apabila TMJ mencadangkan ‘daripada tukar jurulatih JDT lebih baik tukar PM’.
“Kenapa mesti marah sedangkan Tun M sendiri pernah menulis surat kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman pada 17 Jun 1969 supaya dia meletak jawatan.
“Bahkan Tun M telah mengadap Yang di-Peguan Agung pada 15 September 2016 untuk menyerahkan deklarasi rakyat mendesak Najib letak jawatan.
“Apakah rakyat yang mengkritik Tun M juga dianggap budak kecil yang bodoh. Nampaknya Tun M terlalu personal dengan TMJ?,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan