Jumaat, 10 Mei 2019

JANGAN JADI NAPOLEON, SIBUK BERGADUH DENGAN SEMUA-ZAID

Wartawan Watan-Online

Bekas menteri persekutuan, Zaid Ibrahim menasihati kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengambil langkah segera bagi menyelesaikan pertelagahan antara Putrajaya dengan Istana Johor.

Beliau berkata polemik yang berlaku antara pemimpin kerajaan dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim merupakan seuatu yang sangat dikesali dan keterlaluan.

Katanya tindakan tersebut tidak memberikan sebarang manfaat di saat PH sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti kemerosotan hubungan antara kaum dan pelbagai isu ekonomi.

“Jangan jadi seorang Napoleon yang mahu bergaduh dengan semua orang.

“Napoleon pun kecundang di Waterloo,” katanya ketika ketika ditemubual media di Selangor pada Selasa.

Dalam perkembangan sama, Zaid turut menyangkal tanggapan kerabat diraja mencampuri urusan eksekutif.


Beliau menegaskan pihak kerabat diraja tiada sebarang kuasa untuk mengawal agensi kerajaan seperti polis atau tentera.

“Bagaimana orang yang tiada kuasa boleh campur tangan?,” katanya.


Tiada ulasan: