ISMA WEB
Mangsa mengenali suspek melalui sosial media tahun lepas
KUALA LUMPUR
– Suspek utama lelaki Nigeria, yang ditahan reman kerana disyaki
terlibat dalam kes bunuh Ketua Jururawat, Siti Kharina Mohd Kamarudin
dikatakan mengenali wanita itu melalui media sosial pada tahun lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor
SAC, Fadzil Ahmat berkata, hasil siasatan mendapati lelaki yang disyaki
suspek utama kes itu datang ke Malaysia awal Januari lepas, dan mereka
pernah berjumpa.
“Dia memasuki negara ini menggunakan pas
lawatan pelancong sejak Januari lepas. Dia telah menetap lebih masa di
negara ini,” katanya, ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sementara itu, polis masih menyiasat
butir-butir diri seorang wanita Nigeria dan seorang lelaki Pakistan yang
turut ditahan bagi membantu siasatan kes itu.
Siti Kharina dijumpai dibunuh di unit
kondominium yang disewanya di Cyberjaya dengan kesan kelar di dada,
leher dan kepala dan semalam polis mengesahkan kematian Ketua Jururawat
itu adalah akibat luka hirisan di leher.
Berikutan penemuan mayat wanita itu, polis menahan tiga individu disyaki terlibat dengan kes itu. -Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan