KUALA LUMPUR: Kajian daripada hear.com,
mendapati dua juta rakyat Malaysia mengalami masalah pendengaran
daripada pelbagai peringkat umur dan tidak terhad kepada golongan warga
emas sahaja.
Isu kesihatan ini bertentangan dengan kepercayaan umum rakyat Malaysia bahawa masalah kehilangan pendengaran akan hanya berlaku kepada warga tua yang berusia 65 tahun ke atas sahaja.
Di Malaysia, terdapat peningkatan bilangan masyarakat di antara umur 35 hingga 45 yang menghidap masalah pendengaran berpunca daripada aktiviti harian mereka.

Senario ini turut menjejaskan produktiviti orang ramai di tempat kerja dan hubungan dengan orang sekeliling.
Menurut Pengarah Urusan hear.com, Alexander Evertz orang ramai perlu menangkis stigma bahawa warga tua sahaja yang berpotensi terdedah kepada masalah pendengran.
"Kita perlu melawan stigma yang mengatakan hanya orang tua sahaja akan menderita masalah pendengaran,” ujar Evertz dalam kenyataan yang diedarkan pada Khamis.
Tambah beliau orang ramai perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi mencegah masalah pendengaran daripada berlaku kesan buruk pada masa akan datang.
Antara punca yang menyumbang kepada masalah pendengaran selain daripada faktor persekitaran kerja termasuklah penuaan, jangkitan kuman, trauma dan kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan tertentu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan