Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador hari ini mencadangkan supaya orang buruan yang dikaitkan dengan 1MDB, Low Taek Jho, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, untuk kembali ke negara ini, sambil menjanjikan keselamatan ahli perniagaan itu dan keluarganya.
Hamid berkata Jho Low tidak boleh melarikan diri daripada undang-undang selama-lamanya, dan dia harus kembali jika dirinya benar-benar tidak bersalah serta membuktikannya di mahkamah.
“Kalau beliau atau mereka rasa tidak bersalah, balik (dan) hadapi proses undang-undang negara ini.
“Kenapa tidak dia sendiri balik ke sini. Saya berikan jaminan. Jaminan keselamatan pada dirinya, keluarganya, hadapi proses undang-undang,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur pagi ini.
Beliau sebelum itu melancarkan Op Selamat 15/2019 sempena Hari Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur, hari ini.
“Jho Low dan rakannya boleh pulang ke Malaysia bersama peguam terbaik untuk membela mereka, jangan ingat boleh lari selamanya,” katanya.
Beliau juga mengulangi pihaknya mengetahui lokasi sebenar ahli perniagaan yang diburu itu berada namun tidak akan mendedahkannya kepada media.
“Kami tahu tempat persembunyian Jho Low dan rakannya dan polis menggunakan sumber yang ada termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa luar untuk mengesannya," katanya.
[Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan Hamid turut menegaskan yang pihak polis mengetahui keberadaan ahli perniagaan yang diburu itu namun enggan mendedahkannya kepada media.
“We know where Jho Low and his friends are hiding (Kami tahu di mana Jho Low dan rakannya bersembunyi) dan polis menggunakan semua sumber yang ada termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa luar untuk mengesan Jho Low.
“Kami juga tahu di mana Pengarah SRC International Sdn Bhd (SRC International) Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil berada,” katanya.
Hamid berkata, kes 1MDB menjadi keutamaan beliau sejak memegang jawatan Ketua Polis Negara awal bulan ini.
“That (1MDB case) is my priority, we have to settle this 1MDB as soon as possible. (Itu (kes 1MDB) adalah keutamaan saya, kita perlu selesaikan 1MDB ini dengan secepat mungkin),” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan