KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh
Said Keruak berkata Datuk Seri Najib Tun Razak tidak harus didesak atau
tergesa-gesa untuk membuat keputusan mengenai isu Menteri Besar Kedah.
Salleh berkata, apabila Perdana Menteri akhirnya membuat keputusan, ia
merupakan keputusan yang sedia termaklum yang mengambil kira semua
pendapat dan hasrat.
Menerusi catatan dalam blognya, beliau berkata sejak 2009, Najib terpaksa menangani beberapa krisis menteri besar.
"Dan walaupun semua pihak menjangkakan yang lebih teruk, sehingga
menjangka bahawa negeri itu mungkin jatuh, pada akhirnya segala-galanya
diselesaikan dengan memuaskan hati semua pihak mahupun istana," kata
beliau.
Salleh menganggap bahawa krisis menteri besar di Kedah tidak berbeza,
dan bahawa pilihan ketua pejabat eksekutif (CEO) setiap negeri akhirnya,
menjadi prerogatif presiden parti untuk menentukannya.
"Tetapi, sebelum CEO negeri dilantik, presiden parti perlu terlebih
dahulu mendapatkan maklum balas daripada parti termasuk memperoleh
pandangan istana di negeri-negeri yang mempunyai menteri besar."
Salleh berkata rakyat Malaysia sentiasa mencari sesuatu yang menimbulkan sensasi dan yang terkini ialah kemelut di Kedah.
"Malahan, ia dianggap sebagai krisis sedangkan sebenarnya ia bukan krisis,"katanya.
No comments:
Post a Comment