ULASAN Minggu ini terlalu banyak 'kebetulan' yang berlaku di dalam politik.
Kebetulan 1: AG pulangkan kertas siasatan
Peguam negara memulangkan kertas siasatan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) selepas laporan Sarawak Report bahawa suruhanjaya itu telah selesai menyiasat skandal yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kebetulan juga SPRM membuat penafian terhadap laporan Sarawak Report bahawa badan penyiasat itu telah kononnya mengemukakan 37 syor dakwaan berasingan terhadap perdana menteri melibatkan kes SRC International.
Cuma tidak pasti, SPRM menafikan ada pendakwaan terhadap Najib atau menafikan angka '37' sebagai tidak tepat.
Cuma apakah waktu laporan Sarawak Report menyatakan SPRM menghantar kertas siasatan kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bertembung dengan kenyataan peguam negara memulangkan kertas siasatan SPRM cuma satu kebetulan atau pengesahan kepada apa yang sedang berlaku di belakang takbir?
Kebetulan 2: Pergolakan Umno Kedah
Umumnya apabila sesuatu yang hangat berlaku, taktik mengalihkan perhatian akan digunakan.
Kebetulan pada waktu ini, Umno Kedah sebulat suara mengalihkan perhatian media daripada tindak-tanduk peguam negara, SPRM dan juga kebisuan Najib terhadap masa depan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah.
Krisis kepimpinan Kedah tiba-tiba menjadi sajian utama semua media.
Jika dibandingkan dengan peralihan menteri besar Terengganu, yang mengalihkan perhatian media ialah mantan menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, bukannya seluruh Umno Terengganu.
Ini cukup berbeza dengan apa yang berlaku dengan Umno Kedah yang perlu menggunakan media untuk membuat rayuan terbuka terhadap sesuatu isu yang boleh dianggap masalah dalaman parti.
Apakah ini juga satu 'kebetulan' atau taktik mengalihkan perhatian?
Kebetulan 3: Krisis baru menjelang demo
Krisis politik Kedah ini juga muncul sebelum satu perhimpunan raksasa menentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang bakal diadakan Sabtu ini.
Perhimpunan ini adalah peluang terakhir bagi rakyat menyatakan bantahan terhadap TPPA sebelum anggota parlimen BN meluluskan kebenaran untuk kerajaan menandatangani TPPA minggu depan dalam keadaan PM masih disiasat SPRM dan ekonomi negara dalam keadaan tenat akibat kejatuhan harga minyak.
Ini betul-betul satu kebetulan.
Kalau hendak disimpulkan, krisis politik di Kedah ini bagaikan seketul batu yang membunuh dua ekor burung.
Kebetulan 4: AES hidup kembali
Selepas mengumumkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak dinaikkan, tiba-tiba sistem Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) diumumkan akan dihidupkan kembali pada bulan Mac ini.
Kalau duit rakyat tak cukup dihisap oleh GST, bolehlah guna penghisap AES.
Kalau ini bukan kebetulan, ini memang satu strategi yang licik.
Apapun, dalam kes siasatan SPRM terhadap perdana menteri, PAS menasihatkan peguam negara janganlah sesekali menjadi hakim terhadap penemuan SPRM.
Betul, jika kes ini dibawa ke mahkamah peguam negaralah yang akan bertindak mewakili kerajaan akhirnya untuk bertempur dengan peguam defendan perdana menteri di mahkamah.
Tugas mewakili kerajaan adalah sejajar dengan nama peguam negara. Peguam negara bukan peguam perdana menteri.
Janganlah kerana itu, peguam negara pula kebetulan menjadi hakim sendiri sebelum kes tersebut didengar hakim mahkamah yang sepatutnya.
Biarlah hakim mahkamah dan perdana menteri sendiri membersihkan namanya di mahkamah.
Hanya dengan cara itu, persepsi buruk terhadap perdana menteri di kalangan rakyat mungkin dapat disela
matkan.

DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN timbalan presiden PAS.
No comments:
Post a Comment