MALAYSIAKINI
Tunku Mahkota Johor menegur seorang pemimpin Umno negeri itu kerana
membuat kenyataan bahawa tiada masalah antara sultan Johor dan perdana
menteri.
Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata seseorang itu
tidak perlu membuat sebarang kenyataan tanpa menyedari cerita sebenar
berkaitan perkara itu.
“Merujuk
pernyataan yang dibuat oleh seorang ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk
Dr Mohd Puad Zarkashi mengatakan tidak ada masalah antara sultan Johor
dan perdana menteri; ini adalah pendapat saya bahawa seseorang tidak
perlu membuat kenyataan tanpa menyedari cerita yang sebenar,” katanya.
Menulis di Facebook Johor Southern Tigersk Tunku Ismail juga berkata
hanya ayahandanya Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sahaja yang tahu
keseluruhan cerita tentang perkara tersebut.
“...dan oleh itu, buat masa ini, hanya kita perlu tahu dan tidak ada sebab untuk ia didedahkan kepada umum,” tulisnya.
Mstar kelmarin melaporkan Puad (gambar) sebagai berkata tiada sebarang masalah antara Sultan Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak
Kenyatan itu dibuat selepas muncul gambar Sultan Ibrahim dan Najib
menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Singapura di republik itu pada 9
Ogos lalu menjadi viral di media sosial.
Ia menunjukkan Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah berjalan di hadapan Sultan dan anakandanya Tunku Ismail.
"Saya bertemu dengan beliau (Najib) baru-baru ini dan beliau memberitahu saya tidak ada salah faham dengan Sultan.
"Malah, Najib turut menyapa baginda sebelum permulaan perarakan Hari
Kebangsaan di Padang,” beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita
selepas merasmikan mesyuarat Umno bahagian di Batu Pahat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan