Reaksi Najib terhadap Bersih 4 ‘menyedihkan’, kata jurucakap G25
Tindakan
perdana menteri terhadap peserta Bersih 4 amat menyedihkan, kata
jurucakap kumpulan tokoh Melayu (G25) Datuk Noor Farida Ariffin. –
Gambar fail The Malaysian Insider, Tindakan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengetepikan peserta
perhimpunan Bersih 4 malam tadi menyedihkan dan menunjukkan beliau dalam
keadaan penafian terhadap sejauh mana rakyat Malaysia tidak berpuas
hati dengannya, kata bekas diplomat Datuk Noor Farida Ariffin.
Jurucakap kumpulan tokoh Melayu (G25) itu berkata, rakyat Malaysia
berpadu tenaga pada hujung minggu lalu menuntut jawapan daripada
kerajaan, dan beliau sepatutnya mendengar suara mereka, bukan sebaliknya
melabelkan mereka sebagai "berfikiran cetek".
"Ia benar-benar menyedihkan. Jika mereka bijak, mereka akan mendengar kata-kata rakyat.
"Tetapi sebaliknya, mereka berada dalam keadaan penafian dan menuduh
kita macam-macam," kata Farida, yang juga menghadiri perhimpunan itu
atas kapasiti peribadinya. "Beliau membuat ucapan yang begitu bertentangan dengan fakta yang
berlaku di peringkat bawahan. Mereka betul-betul menafikan realiti.
"Jika saya jadi beliau, saya akan mendengar suara rakyat dan
benar-benar melakukan sesuatu untuk menerima dan memulakan perubahan
yang dituntut rakyat,” katanya.
Dalam perutusan Hari Kebangsaaannya malam tadi, Najib berkata perhimpunan itu sungguh tidak wajar, mempamerkan kecetekan minda dan miskin semangat kebangsaan.
Beliau berkata kerajaan menolak sebarang bentuk demonstrasi jalanan
yang mengganggu ketenteraman awam, sambil menambah ia tidak mencerminkan
kematangan.
Tetapi Farida hari ini berkata, daripada menghina penunjuk perasaan,
Najib dan pentadbirannya sepatutnya bersyukur kerana ribuan orang yang
berkumpul berhampiran Dataran Merdeka itu dalam keadaan aman.
Beliau berkata hari ini, perhimpunan itu membuktikan rakyat Malaysia
tidak berminat menggulingkan kerajaan melalui keganasan, tetapi
semata-mata menyuarakan pandangan mereka.
Farida berkata laporan yang mendakwa peserta Melayu sangat sedikit yang
menyertainya adalah tidak benar, walaupun mengakui golongan Cina
menjadi peserta majoriti perhimpunan.
"Terdapat lebih ramai Cina berbanding Melayu, ya, tetapi tidak benar yang tiada langsung orang Melayu.
"Mereka datang beramai-ramai. Ada makcik, pakcik, anak muda. Saya ambil gambar dengan gadis Melayu bertudung," katanya.
Beliau berkata, ketiadaan Melayu luar bandar tidak boleh ditafsirkan
sebagai tanda kumpulan etnik terbesar di negara ini menyokong Najib.
"Melayu luar bandar tidak dapat hadir kerana mereka tidak mampu. Semasa
perhimpunan sebelum ini, PAS terlibat, bas disediakan untuk membawa
mereka ke bandar.
"Mereka tidak mampu menanggung kos perjalanan ke Kuala Lumpur,
penginapan. Ia tidak bermakna mereka bersikap tidak apati atau tidak
peduli," kata Farida.
Katanya, beliau gembira dengan perhimpunan itu dan kawalan pihak polis, dan menganggapnya satu kejayaan.
"Apa yang begitu menakjubkan ialah orang ramai berkelakuan baik dan dalam mood baik. Kehadiran polis sangat sedikit.
"Walaupun matahari panas membakar, orang tidak hilang sabar. Mereka
bersorak, suasananya seperti berpesta – ia lebih seperti karnival.
"Ramai daripada kita tidak dapat mendengar apa yang diucapkan, tetapi tetap bersorak," kata Farida sambil ketawa.
Ditanya sama ada kehadiran beliau pada perhimpunan tersebut bermakna
G25 juga mahu Najib meletakkan jawatan, Farida berkata beliau dan
beberapa ahli kumpulan pergi ke sana atas kapasiti peribadi.
Katanya, beliau berada di sana untuk menuntut jawapan daripada kerajaan
berhubung keadaan negara dan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
"Kita mahu jawapan. Kami tidak berpuas hati dengan rasuah endemik pesat, yang didakwa pemimpin kita.
"Kami sudah bosan dengan kehilangan keyakinan terhadap ringgit, apa
yang berlaku dengan ekonomi, kita bimbang tentang 1MDB,” katanya.
Perhimpunan selama 2 hari yang berakhir malam tadi bukan saja menuntut Najib berundur tetapi juga untuk reformasi institusi.
1 ulasan:
sila tonton diYoutube " a dangerous life... (full movie) the assassination of benignio aquino.najb masih baik dan tak guna askar dan pemerintah tertinggi askarpun menyebelahi najib, begitu juga agong dan raja juga mufti mufti selain perlis dan haji hadi kata najib lebih baik dari firaun.
Catat Ulasan