Ahad, 30 Ogos 2015

Malaysia perlu dengar suara Bersih

Malaysia perlu dengar suara Bersih
 
 
LONDON – BRITAIN . Kerajaan Malaysia disarankan mendengar suara rakyat melalui perhimpunan Bersih 4.0 yang berlangsung hari ini, kata Pengarah Kempen Amnesty International, Josef Benedict.
 
"Kerajaan Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk menghormati suara rakyat dalam mempraktikkan kebebasan bersuara dan membantah secara aman.
 
"Kekerasan dari pihak berkuasa hanya akan menyemai benih-benih kebencian," kata beliau yang pernah menghadiri perhimpunan Bersih 3.0 pada 2012,” katanya yang dilaporkan Huffingtonpost.
 
Beliau juga menggesa supaya tindakan menyekat pembangkang dan pembela hak asasi perlu dihentikan.
 
"Sekarang sudah sampai masa untuk menghormati hak asasi manusia di Malaysia," jelasnya lagi.
 
Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan penganjuran perhimpunan Bersih 4.0 bukanlah bermotifkan rampasan kuasa tetapi lebih kepada jaminan masa depan yang lebih baik kepada generasi akan datang.
 
 
"Rakyat sedang berdiri bukan kerana mendambakan jawatan menteri tetapi demi kelangsungan masa depan anak-anak kita," kata Guan Eng dalam perhimpunan itu, hari ini.
 
 

Tiada ulasan: