Isnin, 31 Ogos 2015

Bersih 4 berjaya tetapi sukar lobi ahli Parlimen BN, kata Maria



Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah bercakap pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 31 Ogos, 2015.Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah bercakap pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Penganjur demonstrasi Bersih 4 berkata sukar untuk mereka melobi ahli Parlimen melaksanakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila Parlimen bersidang Oktober depan meskipun demonstrasi yang berakhir malam tadi berjaya dilaksanakan.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya menganggarkan sekitar 500,000 peserta menyertai demonstrasi tersebut dan sasaran seterusnya adalah untuk pilihan raya umum dilaksanakan antara tempoh 12 hingga 18 bulan lagi.
 
"Kami perlu bekerja keras untuk melobi ahli Parlimen," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga bersedia ditangkap dan kini sedang "menantikan" tindakan pihak berkuasa. "Pasukan guaman kami bersedia," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
 
Maria berkata, Bersih 4 sudah berjaya menerima kutipan derma daripada orang ramai sebanyak RM2.45 juta.


Tiada ulasan: