PESERTA Bersih di seluruh dunia masih bersolidariti sempena perhimpunan Bersih 4.0 di Kuala Lumpur yang kini memasuki hari kedua.
Menerusi laman mikro Twitter @GlobalBersih, bahang perhimpunan Bersih 4.0. masih dirasai di serata dunia, antaranya di Hamburg (Jerman), Victoria (Canada), Rio de Janeiro (Brazil), Helsinki (Finland) dan Edinburgh (Scotland).

Lokasi lain termasuklah The Hague, (Belanda), Guernsey (Pulau Channel),
Bangalore (India), Johannesburg (Afrika Selatan) dan Brussels
(Belgium).
Semalam, Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
memberitahu tindakan tegas menanti terhadap rakyat Malaysia yang
terlibat dengan perhimpunan haram Bersih 4.0 di luar negara.
Beliau berkata, pemantauan sedang dilakukan oleh Wisma Putra dan
identiti mereka akan diserahkan kepada pihak berkuasa negara itu untuk
diambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang negara berkenaan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Bersih 4.0 luar negara: Tindakan tegas menanti]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan