Ahad, 30 Ogos 2015

Terpulang Umno ambil tindakan terhadap Dr Mahathir, kata menteri



Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Salleh Keruak (kiri) berkata terpulang kepada  parti untuk ambil tindakan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyertai Bersih 4 semalam. – Gambar The Malaysian Insider, 30 Ogos, 2015.Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Salleh Keruak (kiri) berkata terpulang kepada parti untuk ambil tindakan terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyertai Bersih 4 semalam. – Gambar The Malaysian Insider,
 
 
Datuk Seri Salleh Keruak menyerahkan kepada kepimpinan Umno sekiranya mahu mengambil tindakan tatatertib terhadap bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyertai perhimpunan Bersih 4 di Kuala Lumpur, semalam.
 
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu menjawab persoalan wartawan apakah sebarang tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap Dr Mahathir kerana menyertai perhimpunan yang menetang  kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
 
"Terpulang kepada parti untuk ambil tindakan (terhadap Dr Mahathir)," katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar pagi ini.

Beliau turut menyatakan kekesalannya dengan isteri Dr Mahathir, iaitu Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang mengatakan Bersih 4 adalah perhimpunan majoriti rakyat.
 
"Perhimpunan Bersih 4 ini bukan perhimpunan majoriti rakyat," katanya kepada The Malaysian Insider.
 
"Perhimpunan Bersih ini, kalau dilihat sambutan bukanlah hebat sangat kerana ia ditunjangi parti DAP sendiri. Mereka mempunyai motif politik semata-mata".
 
Katanya, meskipun keadaan masih terkawal kerana tidak ada perkara yang tidak diingin berlaku, ia masih lagi diisytiharkan haram oleh pihak berkuasa.
 
"Walaupun masih terkawal, ia masih lagi perhimpunan polis. Saya ucapkan tahniah kepada pihak polis kerana mengawal keadaan," katanya.


Tiada ulasan: