Sebuah bot yang sedang dibaiki meletup dipercayai akibat
tindak balas petrol dan wap panas, menyebabkan dua nelayan cedera parah
dan dua lagi cedera ringan di jeti nelayan Kubang Rotan, Kuala Kedah.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Md Jan berkata kejadian jam 2.30 petang itu berlaku ketika empat nelayan itu sedang membaiki bot berkenaan.
"Ketika mereka membaiki bot berkenaan, bot itu tiba-tiba berasap... mereka segera menyiram air namun bot terbabit meletup menyebabkan dua daripada mereka cedera parah," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata Aziman Chek Umar, 33, patah kaki kanan, Mohd Sani Abdullah,37, cedera di kepala dan tulang rusuk manakala pemilik bot itu, Aswad Abdullah, 30, dan Nazirun Mubin Samsudin, 20, cedera ringan.
Mereka dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), katanya.
Adzaman berkata kerugian dianggarkan RM25,000 dan Aswad dijangka merujuk kepada Lembaga Lemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk membuat tuntutan insurans terhadap kerosakan bot itu, yang dibelinya tujuh bulan lepas.
Sementara itu, Aswad berkata kejadian itu berlaku ketika mereka sedang membaiki bahagian bumbung bot kelas A itu dengan menggunakan alat pengimpal besi.
"Bot ini mengalami kerosakan di bumbung dan kami tidak keluar ke laut sejak tiga hari lepas. Jadi kami berempat membaiki bumbung bot ini kerana ingin ke laut Sabtu ini," katanya.
Menurutnya semasa beliau berada di atas bumbung bot dan tiga lagi rakannya berada di lantai bot, mereka mendapati lantai berkenaan tiba-tiba berasap lalu meletup.
Beliau sempat lari manakala Razman dan Mohd Sani terpelanting akibat letupan itu sehingga terkena bucu bot dan buluh yang berada di jeti itu.
"Kami percaya kejadian ini berlaku disebabkan minyak petrol yang berada di lantai bot terkena wap panas sehingga mengakibatkan letupan," katanya.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan