LONDON - BRITAIN. Pengasas portal berita Sarawak Report, Claire
Rewcastle-Brown dilihat memberi ucapan dalam sebuah perhimpunan Bersih
4.0 di London, semalam.
Melalui beberapa rakaman di YouTube, Claire mengulangi dakwaan dan
tuduhan beliau terhadap Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri
Najib Tun Razak.
Antara isu yang disentuh adalah berkenaan 1Malaysia Development Berhad
(1MDB) dan derma politik RM 2.6 bilion yang diberikan kepada Perdana
Menteri.
Claire juga mendakwa akan ada lagi isu yang akan beliau dedahkan.
"Saya akan membuat yang terbaik untuk menyokong anda (peserta
perhimpunan) yang hebat, negara (Malaysia) yang hebat dan anda semua
mempunyai masa depan yang cerah," kata Claire dalam salah sebuah rakaman
video berkenaan.
Difahamkan, hampir 1,000 peserta hadir ke perhimpunan bersih di London semalam.
Beliau juga muncul dalam sebuah temuramah bersama Sky News UK, hari yang sama.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pengasas Sarawak Report muncul dalam TV UK]
Sky News juga memainkan beberapa rakaman mengenai perjalanan aktiviti
perhimpunan Bersih 4.0 di Kuala Lumpur yang bermula semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan