Keadaan yang perlahan-lahan tenang di sekitar Dataran Merdeka tiba-tiba bertukar kecoh apabila orang ramai mula menyedari kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Ali.
"Teruskan, teruskan," katanya kepada orang ramai yang berkumpul dan berebut-rebut mahu bersalaman dengan beliau.
Keadaan sangat tidak terkawal apabila para petugas media dan orang ramai tolak-menolak untuk mengambil gambar beliau.
Ketika tiba, beliau cuma berjalan dari Jalan Parlimen menuju ke Jalan Tun Perak sambil diiringi pengawal keselamatannya.
Bagaimanapun disebabkan keadaan terlalu sesak, Dr Mahathir kemudian berpatah balik dan menuju ke keretanya.
Keadaan tolak menolak dan kelam kabut itu berlanjutan kira-kira 10 minit.
Sementara itu, ketika ditanya pemberita apakah tujuannya hadir pada hari ini, beliau hanya berkata: "Just to look around (saja nak melihat-lihat).
Sebelum Dr Mahathir memasuki keretanya, beliau sempat melambaikan tangannya dan meninggalkan kawasan berkenaan bersama Dr Siti Hasmah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan