Ahad, 30 Ogos 2015

Pengasas Sarawak Report muncul dalam TV UK

Pengasas Sarawak Report muncul dalam TV UK
Sedutan rakaman menunjukkan Sky News memberi liputan kepada Clare Rewcastle-Brown dan perhimpunan Bersih 4.0, hari ini.
 
 
SHAH ALAM - Pengasas portal berita, Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan beberapa klip video yang menunjukkan perhimpunan Bersih 4.0 hari ini mendapat liputan Sky News UK, hari ini.
 
Dalam laporan tersebut, Clare Rewcastle-Brown mengulangi dakwaan dan tuduhan beliau terhadap Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Sky News juga memainkan beberapa rakaman mengenai perjalanan aktiviti perhimpunan Bersih 4.0 di Kuala Lumpur.
 
 
 
 
 

Tiada ulasan: