MALAYSIAKINI
Kebolehan matematik Datuk seri Najib Razak dipertikaikan seorang anggota
parlimen DAP, susulan kenyataan perdana menteri bahawa RM41 juta
diperlukan untuk deposit pilihan raya.
MP Segambut Lim Lip Eng berkata, deposit untuk kerusi parlimen hanya
RM15,000 dan kerusi dewan undangan negeri (DUN) lebih murah daripada
itu.
"Jadi
kalau tambah kesemua 222 kerusi parlimen dan 567 kerusi DUN, dan
kemudian darab RM15,000, jumlah keseluruhannya kurang dari RM12 juta.
"Jadi ke mana baki dari RM41 juta? Adakah Najib lesapkannya?" tanya
beliau di sebuah sidang akhbar di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari
ini.
Menurut peraturan setiap calon pilihan raya perlu membayar tambahan
deposit RM10,000 untuk bahan kempen selain jumlah RM5,000 atau RM3,000
untuk kerusi parlimen atau DUN.
Jika sesebuah parti bertanding semua kerusi, jumlah deposit yang perlu
dibayar untuk kerusi parlimen adalah RM3.33 juta, dan RM7.37 juta untuk
DUN. Jumlah keseluruhannya adalah RM10.7 juta.
Najib memetik angka deposit RM41 juta itu ketika membidas dakwaan bekas
perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau hanya perlu RM10
juta untuk setiap pilihan raya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan