KUALA LUMPUR - Laungan 'Daulat Tuanku' bergema di sekitar Dataran
Merdeka sebagai tanda sokongan kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim
Almarhum Sultan Iskandar.
Pemimpin DAP, RSN Rayes mengajak peserta menyatakan sokongan itu dan mengutuk pemimpin Umno, Datuk Seri Nazri Aziz.
"Saya minta kita semua laungkan menyokong Sultan Johor. Saya beritahu
pemimpin Umno, Nazri (Datuk Seri Nazri Aziz) jangan kurang ajar dan
biadab.
"Siapa dia berani mahu lawan sultan? Kita akan pertahankan institusi
diraja," katanya kepada ribuan peserta Bersih 4.0 di pentas utama
himpunan itu, di Dataran Merdeka.
Sejurus itu, laungan Daulat Tuanku terus bergema beberapa kali sebelum disambut dengan sorakan daripada para peserta.
Terdahulu, dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook Johor Southern
Tigers, semalam, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim
menegaskan, kelantangannya bersama ayahandanya Sultan Johor, Sultan
Ibrahim Sultan Iskandar dalam pelbagai isu demi memperjuangkan
kesejahteraan rakyat.
[ARTIKEL BERKAITAN: 'Kami bersuara demi rakyat']
Tiada ulasan:
Catat Ulasan