Najib berkata agensi pelancongan perlu memainkan peranan aktif untuk menyampaikan kebenaran mengenai keindahan negara dan menangkis salah tanggapan khususnya dikalangan pelancong luar.
"Supaya salah tanggapan dan pandangan negatif yang palsu, terutamanya yang tersebar menerusi media sosial dapat dibetulkan dan pelancong tidak takut datang ke Malaysia," kata Najib semasa majlis anjuran Matta di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini.
"Selain tragedi penerbangan Malaysia Airlines dan AirAsia pada 2014, destinasi Malaysia sebagai tempat pelancongan juga terjejas akibat daripada banjir pada awal tahun ini," katanya.
Menurut Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, jumlah pelancong ke Malaysia jatuh kepada 8.6% pada suku pertama tahun ini berbanding suku yang sama tahun lalu.
Bagaimanapun, Najib berkata Malaysia masih menjadi tarikan pelancong kerana keselesan dan perkhidmatan yang mampu diberikan kepada mereka.
Selain itu, Najib juga menyifatkan faktor kadar pertukaran mata wang asing juga mampu menjadi tarikan untuk pelancong melawat Malaysia.
"Pastinya, nilai untuk wang akan menyebabkan pelancong asing menikmati pengalaman baik di Malaysia berbanding destinasi lain kerana pertukaran nilai wang kita," katanya yang merujuk kepada kejatuhan mata wang negara ke paras terendah sejak kebelakangan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan