shahbudindotcom
Mesyuarat MT UMNO pada 9 September ini bakal menjadi penentuan "hidup dan mati" bagi masa depan politik Muhyiddin Yassin dalam parti itu.
Jika
beliau dipecat, maka berakhirlah sejarah panjangnya bersama parti itu,
tetapi kiranya tiada sebarang tindakan dalam mesyuarat itu nanti,
bererti selamatlah masa depannya dan kekallah beliau dengan jawatan
nombor dua itu sehingga pemilihan UMNO seterusnya.
Untuk
mengambil tindakan terhadap Muhyiddin dalam mesyuarat MT yang
berikutnya tentu saja tidak relevan lagi, kecuali jika Timbalan Presiden
UMNO itu terus lantang mengkritik Perdana Menteri, Najib Razak
berkaitan isu 1MDB dan derma RM2,600 juta secara terbuka.
Walaupun Muhyiddin mula mendapat sokongan dan simpati daripada pelbagai pihak sebaik terdengar ura-ura beliau akan dipecat pada 9 September ini, kemungkinan yang berlaku di Johor barangkali di luar jangkaan jika pemecatan itu benar-benar berlaku.
Seorang
pemimpin UMNO Johor yang enggan namanya disebut memberitahu, banyak
cawangan UMNO di negeri itu akan dibubarkan jika Muhyiddin dipecat pada
mesyuarat MT UMNO 9 September nanti.
Katanya,
tindakan pembubaran itu diambil sebagai tanda protes terhadap
ketidakadilan yang dihadapkan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu
memandangkan beliau tidak terbabit dengan sebarang kesalahan jenayah
atau moral yang mewajarkan pemecatan diambil terhadapnya.
Jika
dipecat, kata pemimpin itu, kesalahan Muhyiddin hanyalah kerana
bercakap benar dan berterus terang untuk menyelamatkan UMNO.
Katanya,
cawangannya sendiri adalah antara yang paling awal dibubarkan sekiranya
nasib buruk menimpa Muhyiddin pada mesyuarat MT UMNO itu.
Beliau
menambah, mereka hanya mengambil keputusan membubarkan cawangan UMNO
yang bermakna akan menghentikan segala aktiviti dan kegiatan berkaitan
parti, tetapi tetap bersama UMNO sebagai ahli biasa sahaja.
Meskipun
tidak dapat menjangka jumlah tepat cawangan UMNO yang akan dibubarkan
sebagai tanda protes itu, pemimpin terbabit meramalkan akan terdapat
antara tiga hingga lima cawangan dari setiap bahagian akan mengambil
keputusan tersebut.
Ini
bermakna, dengan UMNO Johor mempunyai 26 bahagian, pemecatan Muhyiddin
bakal melumpuhkan kira-kira 100 cawangan di negeri itu. Dan ini
sekaligus merupakan berita baik bagi pembangkang di Johor yang sudah pun
mempunyai 18 kerusi DUN di negeri itu.
Muhyiddin
pula, meskipun sedang bercuti di luar negara bersama keluarga ketika
ini, namun tidak santai dibuatnya lantaran menyedari kedudukannya
sebagai Timbalan Presiden UMNO ibarat "telur di hujung tanduk"
menjelang mesyuarat MT yang akan datang ini.
Seolah-olah
turut mengesan gerakan untuk menyingkirkannya sedang giat dijalankan di
dalam negara, beliau lantas mengingatkan bahawanya dirinya bukanlah
pengkhianat parti seperti yang dituduh oleh banyak pihak.
Dalam
kenyataan medianya semalam, Muhyiddin mengatakan sumbangannya kepada
parti sudah melebihi tempoh 40 tahun dan ketika pelbagai krisis melanda
UMNO, beliau tetap setia bersama parti itu.
Malah,
katanya, ketika UMNO diharamkan dahulu, beliau mengambil tanggungjawab
membina semula UMNO di Johor sehingga ia kembali kuat dan menjadi
penyumbang kepada kemenangan BN setiap kali pilihanraya diadakan.
Beliau
sebaliknya mahukan kemelut yang melanda ketika ini harus dihadapi
secara berani dan berdepan atau akan mengakibatkan terjerumus menjadi
negara yang gagal.
Blog
ini pula, dua lalu lalu telah mendedahkan pengakuan seorang pegawai
tinggi di ibu pejabat UMNO yang mengatakan akan terdapat "operasi kedua"
dalam masa terdekat ini yang akan menyaksikan semua masalah Najib dalam
parti itu dapat diselesaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan