Ahad, 30 Ogos 2015

Urusan dana untuk bahagian timbalan tak usah pertikai - Zahid

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
 
LENGGONG: Naib Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pemimpin-pemimpin  itu di peringkat bahagian agar tidak mempertikaikan sumber dana yang diperolehi oleh ketua bahagian ketika pilihan raya.
 
Katanya, timbalan ketua bahagian harus kekal setia kepada ketua mereka.
 
"Contohnya apabila pilihan raya, apabila terdapat peruntukkan sama ada dari Barisan Nasional pusat atau ibu pejabat parti atau daripada mana-mana pihak yang nak menderma, apa hak timbalan ketua bahagian untuk menyoal dari mana sumber dana itu.
 
"Eh, itu ketua bahagian punya pasal lah untuk menang pilihan raya dalam bahagian dia," kata Ahmad Zahid ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Lenggong pada Sabtu.
 
Apa yang penting katanya, untuk semua ahli Umno bekerja sebagai satu pasukan dan mengelak pertikaian dalaman.
 
"Musuh sebenar kita bukannya di luar parti kita tetapi di kalangan kita sendiri.
 
"Apabila timbul kekeliruan, pemimpin mesti tampil dan menjelaskan situasi sebaik yang mungkin bukan mencelarukan lagi keadaan," ujarnya lagi.
 
Beliau turut mengingatkan para pemimpin Umno supaya tidak terlalu beremosi ketika parti sedang bergelut dengan konflik.
 
"Jika orang di bawah kita beremosi, kita sebagai pemimpin harus berupaya merasionalisasikan keadaan dengan penjelasan mengapa sesetengah keputusan itu dibuat," ujarnya
 
 

Tiada ulasan: