MALAYSIAKINI
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rakyat
Malaysia perlu menghadapi keadaan lebih buruk apabila ekonomi negara
jatuh teruk jika Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai perdana menteri.
Reaksi
ekonomi pada masa ini sudahpun menunjukkan kejatuhan ketara namun ia
akan lebih merosot jika Najib terus kekal, kata Dr Mahathir dalam
tulisan di blog chedet.cc.
“Najib mungkin boleh membayar wang
untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang tetapi dia tidak akan
boleh mendapatkan dana untuk menampung pembelian popularitinya.
“Kerajaan
yang dipimpinnya tidak akan dapat meminjam wang. Ekonomi negara akan
jatuh. Inilah alamat buruk yang menanti rakyat Malaysia kerana Najib
sudah mencuri kerajaan,” kata Mahathir.
Dr Mahathir berkata
ekonomi memberi tindak balas terhadap krisis politik yang berlaku
apabila kadar ringgit mencatatnya kejatuhan.
Menurutnya, kadar
sebelum ini pada RM3.80 bagi AS$1 tetapi kini mencecah lebih RM4 dan
dilihat terus menjunam pada masa akan datang.
"Kesannya ia
menjadikan negara miskin. Membayar hutang oleh 1MDB dalam Dolar Amerika
akan lebih mahal. Dan 1MDB tidak mampu walaupun untuk perkhidmatan
hutangnya," katanya.
Dr Mahathir berkata, pasaran saham semua akan
runtuh apabila para pelabur, terutamanya dari luar memindahkan dana
mereka ke tempat yang lebih selamat.
Selain itu, beliau berkata Putrajaya kini kekurangan wang dan telah mengurangkan peruntukan bajet bagi banyak kementerian.
"Pengenalan
GST hanya menyebabkan peningkatan kos sara hidup membuatkan kejatuhan
nilai ringgit lebih teruk," kata Mahathir, yang pernah menjadi menteri
kewangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan