SANDAKAN: Penculikan terbaru dua rakyat Malaysia oleh lelaki bersenjata Filipina di sebuah restoran popular di sini membuatkan rakyat Sabah berasa terdedah bahaya kerana ia berlaku sekitar 3 kilometer daripada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).
Kes penculikan berani di Restoran Makanan Laut Ocean King membabitkan
pemilik bersama Thien Nyuk Fun dan seorang pelanggan, Bernard Then Ted
Fen lewat petang Khamis adalah jenayah yang pertama di tanah besar.
Penculikan sebelum ini berlaku di pulau-pulau yang lebih jauh atau seperti di Lahad Datu dan Semporna.
Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Tham Nyip Shen berkata
serbuan di kedai makan yang popular yang sering dikunjungi ahli-ahli
politik, pegawai kanan kerajaan dan pegawai polis menakutkan penduduk
setempat.
"Ia amat tidak baik. Orang ramai rasa terdedah bahaya. Kumpulan
bersenjata memasuki kawasan ini dan kemudian berjaya melarikan diri. Ia
adalah satu tamparan untuk bukan sahaja industri pelancongan tetapi
penduduk setempat," katanya.
Tham yang juga bekas Ahli Dewan Udangan Negeri (Adun) Sandakan berkata,
ketidakupayaan untuk melindungi kawasan teluk Sandakan membimbangkan
penduduk pantai timur Sabah walaupun diwujudkan perintah berkurung.
"Lebih banyak yang perlu dilakukan. Adalah sukar bagi orang ramai untuk
bertenang ekoran jenayah rentas sempadan yang berterusan dan kita tidak
dapat mempertahankan diri kita sendiri," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan