MALAYSIAKINI
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menempelak
kerajaan Pakatan Pulau Pinang yang diketuai Lim Guan Eng kerana enggan
menerima pendatang Rohingya dan Bangladesh.
Naib presiden Umno itu mempersoal tindakan kerajaan itu yang dianggapnya
sering memperjuangkan isu kemanusiaan tetapi enggan menerima pelarian
itu malah mahu mereka ditempatkan di tanah milik kerajaan persekutuan.
"Tentu
kita mahu melihat keikhlasan kerajaan Pulau Pinang yang diketuai DAP
dan dianggotai PKR dan PAS yang selama ini, jadi pejuang kemanusiaan dan
sentiasa menyalahkan kerajaan yang tak laksanakan dasar kemanusiaan,
untuk menerima pelarian berkenaan.
"Kita yakin kerajaan Persekutuan cukup ikhlas untuk guna tanahnya bagi
penempatan pelarian berkenaan, berbanding saya katakan tadi, jaguh
pejuang kemanusiaan sejagat tetapi hanya kokokkan ayam jantan yang tak
ada telurnya," katanya.
Zahid yang juga berkata demikian pada sidang media selepas Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri di Kajang hari ini.
Sehubungan itu, Zahid meminta rakyat di Pulau Pinang supaya menilai
sendiri pentadbiran Pakatan Rakyat berdasarkan sikap yang ditonjolkan
kerajaan negeri
"Saya harapkan masyarakat dapat menilai sendiri tentang keikhlasan mereka terutama masyarakat di Pulau Pinang," katanya.
Sebelum ini Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilapor
mencadangkan negeri di kawasan utara termasuk Pulau Pinang sebagai
lokasi sementara 7,000 pelarian Rohingya dan Bangladesh yang terdampar
di perairan antarabangsa.
Bagaimanapun terpulang kepada keputusan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan agensi yang terlibat, kata Khalid.
Akhbar The Star hari ini pula melaporkan Lim berkata kerajaan negeri
tidak membenarkan pelarian itu ditempatkan di tanah milik kerajaan
negeri kerana pihaknya berdepan dengan masalah tanah kosong.
Katanya, kerajaan neeri tidak boleh lagi membiarkan tanah kerajaan
negeri digunakan sebagai penempatan dan mencadangkan supaya tanah milik
Persekutuan digunakan.
Sejumlah 50,000 pelarian itu kini berada di Pulau Pinang sejak enam tahun lalu, kata Lim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan