MALAYSIAKINI
Presiden MIC G Palanivel, Naib Presiden S Sothinathan dan dua lagi
memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan
Pendaftar Pertubuhan (ROS) terhadap parti mereka.
Dalam permohonan dibuat pada 24 Februari itu, menteri dalam negeri dinamakan sebagai responden.
ROS berada bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri.
Difahamkan bahawa kebenaran sama ada semakan kehakiman itu akan didengar
berdasarkan meritnya akan diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Asmabi
Mohamad, Isnin depan.
Selain Palanivel Sothinathan, pegawai MIC A Pakas Rao dan S Balakrishnan turut terlibat dalam permohonan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan