Selasa, 24 Mac 2015

Hadi 'tak jujur', DAP putuskan hubungan

MALAYSIAKINI


 


DAP mengumumkan bahawa parti itu kini memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana tidak lagi dapat dapat bekerjasama dengan presiden PAS yang disifatkan “tidak jujur”.

Setiauasaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat DAP pada malam tadi.

Katanya, parti itu sedar bahawa keputusan berkenaan akan meletakkan Pakatan Rakyat dalam keadaan terumbang-ambing.

“DAP tidak dapat bekerjsama dengan seorang presiden PAS seperti Hadi Awang yang tersebut bertindak dengan tidak jujur dan tidak bermaruah seperti ini.

“DAP sudah hilang kepercayaan dan keyakinan pada Hadi sebagai pemimpin Pakatan Rakyat dan akan memutuskan hubungan dan kerjasama dengannya,” kata Lim lagi.

Keputusan itu dibuat antara lainnya selepas mengambil kira pendirian Hadi dalam meneruskan pelaksanaan hudud.

Selain itu ia juga bersabit dengan kontroversi yang timbul dalam projek Langkah Kajang - untuk melantik presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.




Tiada ulasan: