Oleh Ng Kee Seng
Terlalu banyak yang telah ditulis dan diperkata tentang cadangan perlaksanaan hukum hudud
di Malaysia selama lebih tiga dekad.Fakta dan hujahnya telah
kedengaran berulang kali dan rakyat Malaysia tentunya kecewa dengan
apa yang dilaungkan golongan pentaksub agama hari ini, sehingga ada
yang menggesa hudud dilaksanakan ke atas golongan bukan Islam.
Pandangan cetek sebegitu sebenarnya hanya memberi tanggapan tentang sikap ekstremis golongan pentaksub itu.
Bagaimana kanun jenayah Islam boleh dilaksanakan ke atas penganut bukan Islam? Mengapa pula orang bukan Islam dapat dikenakan hukum hudud sekiranya kita tidak percaya dengan agama Islam?
Apa yang boleh diperkata golongan pentaksub itu sekiranya hukum ajaran lain dikenakan ke atas mereka pula? Cukup-cukuplah.
Jangan buang masa melayan kerenah golongan sebegitu.
Agama
sebenarnya suci dan harus diamalkan di hati. Ia tidak wajar menjadi
alat politik, dilakukan secara paksaan dan melalui intimidasi. Oleh itu,
pada pandangan saya, lebih baik “jaga tepi kain sendiri”. Ini dasar
yang terbaik fikir saya. Jangan sampai kita mengekang kebebasan beragama
dan dilarang mengamalkan apa yang kita percayai.
Salah
satu faktor lagi yang kerap dimainkan ialah ketakutan terhadap hukuman
hudud itu sendiri. Bukan itu sesuatu yang wajar difikirkan umat Islam?
Apa kena orang bukan Islam dengannya, sedangkan hudud hanya untuk
orang Islam?
Jelas
sekali, ini sebenarnya bukan tentang ketakutan orang bukan Islam
terhadap hudud tetapi bagaimana umat Islam hendak melaksanakannya. Orang
bukan Islam tak wajar kalut, dan seharusnya “jaga tepi kain sendiri”.
Ianya
masalah perlaksanaan hukum hudud serta tanggapan serong tentang Tuan
Kecil (Little Napolean) di dalam pentadbiran, atau lebih tepat dalam
kerajaan BN yang diterajui Umno.
Kepimpinan
Umno-BN tidak dapat, selepas 58 tahun, membawa penutup kepada
permasalah hudud ini secara ikhlas dan adil agar kebebasan beragama
dapat ditegakkan.
Sikap
tidak bertoleransi di dalam agama merupakan intipati pentadbiran hari
ini, di mana golongan pentaksub bebas berkata apa sahaja. Malangnya,
pendakwaan dan tindakan yang dilakukan berat sebelah.
Adakah tindakan berhujah tentang hudud baik bagi semua rakyat yang cintakan keamanan?
Sudah
terlalu banyak diperkata tentang bagaimana Umno-BN bersifat cakap tak
serupa bikin. Itu sebabnya dinasor pupus berjuta tahun lalu kerana
enggan berubah.
Di dalam Pakatan Rakyat, DAP tidak dapat berubah selari dengan masa dan berfikir di luar kotak dalam isu hudud.
DAP
kekal berkeras di dalam menghalang cadangan perlaksanaan hudud, dan
imejnya dilihat anti Islam. Jangan salahkan Umno melabel DAP sebagai
anti-Islam.
Mengapa
DAP tidak boleh berubah? Mengapa tidak DAP menyokong sahaja PAS
melaksanakan hudud dengan syarat hanya umat Islam boleh dikenakan kanun
jenayah tersebut? Orang bukan Islam tidak sewajarnya diheret sama.
Ya, DAP perlu menegakkan hak semua rakyat Malaysia, terutama apabila ada pihak yang cuba menekan pihak lain di dalam beragama.
Tetapi janganlah sampai DAP dilihat anti-Islam. Fikir secara rasional dan cari solusi masalah ini.
Atau mungkin sikap anti-Islam dan anti-hudud DAP berpunca kurang kepercayaan kepada PAS?
Namun
agak aneh kerana DAP berterusan enggan membenarkan PAS dan umat Islam
melakukan tuntutan di dalam agama mereka, berkaitan perlaksanaan hukum
hudud.
Di
satu forum di Pulau Pinang anjuran Suaram, ahli majlis MPPP Syerleena
Abdul Rashid disoal bagaimana perasaannya apabila DAP menghalang umat
Islam yang mahukan hudud.
Kata
beliau: “Saya orang Islam dan menerima pelbagai doktrin agama, dan
kerana saya ahli DAP, orang mempersoal samada saya Islam. Secara
peribadi, saya fikir kita perlu fokus kepada isu penting di negara ini.
“Mari kita bincangkan sistem pendidikan, sesuatu yang kita sedar dilanda masalah.”
Jawapannya
dilihat cubaan mengelak tetapi mendapat pujian kerana tidak gentar
melayan persoalan tersebut. Tidak adil menyalahkan Syerleena kerana
enggan menjawapnya secara terang-terangan.
Terdapat
banyak lagi perkara lain yang perlu dipantau pemimpin Malaysia selain
hudud. Kita harap jawapan Syerleena didengar semua pemimpin di dalam
DAP di dalam membincangkan isu hudud ini.
Tiadakah solusi lebih baik daripada DAP selepas 60 tahun membincangkan hudud di Malaysia?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan