Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya kini masih dalam proses menerima nama calon.
"Senarai pendek kita belum ada, tetapi sekarang ini kita dalam proses menerima nama calon itu, InsyaALLAH seminggu lagi akan dapatlah namanya," katanya kepada media sebentar tadi.
Beliau hadir di Program Keterlibatan Startegik bersama pemimpin tertinggi politik dan sesi taklimat khas kepada Ahli Parlimen dan Adun Negeri Kelantan.
Menurutnya, pemilihan calon di Dun tersebut bukanlah sembarangan memandangkan ia adalah kawasan yang mempunyai aura kuat pada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ketika ditanya mengenai ura-ura mengatakan Nik Omar Nik Aziz sebagai calon di kawasan tersebut, beliau berkata, sehingga kini sebarang kemungkinan masih belum diputuskan lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan