MALAYSIAKINI
Seorang pemimpin kanan Umno mengakui tindakan peguam kanan Tan Muhammad
Shafee Abdullah menjaja kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim memakan
diri.
“Perkara itu sudah dibawa dan dibincangkan panjang lebar di ibu pejabat
Umno oleh jawatankuasa pengurusan pusatnya,” kata pemimpin itu yang
enggan namanya disebut.
“Saya fikir sudah sudahlah.
“Saya setuju bahawa tindakan itu memakan diri dan mereka patut kasihan
pada (Datuk Seri) Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya untuk biarkan
perbincangan terbuka, terutamanya berkaitan butiran perbicaraan
tertutup.”
Pemimpin Umno bagaimanapun berkata Umno tidak memainkan sebarang peranan ketika perkara itu dibincangkan.
Sumber juga menjelaskan bahawa ceramah itu dianjurkan oleh NGO dinamakan
Bona Fide Friends (BFF), yang dipimpin oleh Timbalan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.
“Umno tidak terlibat,” katanya sambil berkata BFF dibentuk untuk menarik perhatian sokongan peguam muda Melayu kepada Umno.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan