MALAYSIAKINI
Seorang pelajar universiti yang didakwa melakukan serangan seksual
terhadap seorang pelajar lain, mendakwa yang dia melakon semula adegan
dari filem Fifty Shades of Grey.
Mohammad Hossain didakwa menggunakan tali pinggang untuk memukul mangsanya dalam kejadian pada pada hari Sabtu, lapor Chicago Tribune.
Pelajar kejuruteraan itu didakwa membawa wanita itu balik ke bilik asramanya dan menyuruhnya menanggalkan pakaian.
Dia kemudiannya didakwa mengikat kaki dan tangan wanita itu ke katil sebelum menyerangnya, lapor akhbar itu lagi.
Dia turut didakwa memukul mangsanya beberapa kali, dan wanita itu
dilaporkan bertindak balas dengan memintanya berhenti berbuat demikian
dan "mula menggoyangkan kepalanya dan menangis".
Tindakan wanita itu dikatakan membuat pelajar itu menumbuk dan
memukulnya berulang kali dengan tali pinggang. Hossain kemudian didakwa
melakukan serangan seksual terhadap mangsanya.
Apabila rakan sebiliknya balik, dan cuba untuk membuka pintu, Hossain
didakwa enggan membukanya. Wanita yang didakwa menjadi mangsanya itu
akhirnya dibenarkan pergi dan menghubungi pihak polis.
Pelajar lelaki itu dilaporkan memberitahu polis yang dia dan wanita tersebut melakon semula adegan dari filem Fifty Shades.
Peguam Hossain, Sandra Bennewitz memberitahu hakim mahkamah kes jenayah
Cook County bahawa anak guamnya "terlibat dengan beberapa program
kepimpinan UIC, duta pelajar untuk persatuan alumni dan anggota pasukan
triathlon".
"Sandra, bagaimana seorang yang terbabit dalam semua itu, boleh
membiarkan dirinya dipengaruhi oleh sebuah filem, untuk melakukan
perbuatan seperti ini?" tanya Hakim Adam Bourgeois Jr.
"Beliau akan mengatakan bahawa ia adalah secara rela," jawab Sandra, lapor Tribune.
Hossain didakwa atas tuduhan melakukan jenayah serangan seksual yang teruk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan